Seorang penghantar barangan mengasari penerima bungkusan untuk ibunya di sebuah blok perumahan di Yishun Street pada Khamis lalu. Goody Feed semalam melaporkan dalam kejadian itu, mangsa ditumbuk sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan kecil.
Mangsa merupakan seorang pemuda berusia 34 tahun, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa dia sedang tidur di rumah apabila dikejutkan penghantar barangan tersebut. Katanya, penghantar bungkusan tersebut kemudian memintanya menandatangani borang pengesahan penerimaan kerana ibunya tiada di rumah. “Saya bertanya kepadanya sama ada saya boleh menyemak bungkusan itu dahulu dan dia berkata tidak. Jadi, saya meminta dia balik dahulu dan datang semula untuk menghantar barang,” tambahnya.
Katanya, penghantar itu kelihatan sangat tidak sabar selepas mendengarnya, malah memaki hamunnya beberapa kali. Pemuda tersebut kemudian menolak penghantar barangan itu yang kemudian bertindak balas dengan menumbuk mukanya sebanyak tiga kali. Dia yang marah bertindak menghubungi polis manakala pengantar barang itu segera melarikan diri dari tempat kejadian tetapi pemuda tersebut berjaya merakamkan gambar van yang dipandunya. Sumber: Kosmo
|
sangbara2020 replied at 8-8-2023 09:23 AM
bukan malaysia kah?
ADVERTISEMENT