Sikap buruk jiran masing-masing boleh membawa ke tahap bermasam muka gara-gara isu tertentu yang tidak dapat diselesaikan secara baik. Seorang individu menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini, meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap jirannya selamba membela haiwan ternakan di kawasan perumahan.
Bukan sekadar seekor dua, malah dia mendakwa jirannya yang merupakan warga asing berani membina reban di luar kawasan (compound) rumah sendiri. Apa yang menjadi masalah adalah situasi tersebut menimbulkan bau yang kurang menyenangkan kepada jiran sekeliling. "Nak lepas geram jiran sebelah puak Rohingya. Sesuka hati mereka bela ayam dalam kawasan perumahan. Buat reban besar depan rumah (luar pagar), tahi mengalir depan rumah aku bila hujan. Air tahi, bau, hama kuman," luahnya. Lebih menambahkan rasa geram dan marah, jirannya berani 'membuat kepala' sendiri walaupun sudah diberikan notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Nak bela ayam berjuta ekor pun pergi balik negara anda... pengecut, penakut pula nak balik buat sesuka hati dekat negara sendiri. Negara orang buat kepala sendiri. "Bila MBIP (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) datang bagi amaran notis, korang menyorok takut tak nak keluar. "Lepas tu selamba bawa motor, kereta macam korang bayar roadtax pula. Naik lemak... meluat aku," luahnya lagi sambil memaklumkan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada PBT. Sehingga kini perkongsian individu tersebut di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini meraih 179 shares selain dibanjiri ribuan komen warga maya. Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir sama berjiran dengan warga asing, namun kecewa apabila masalah tetap berlarutan seolah-olah puak berkenaan 'tidak lut' undang-undang. Sumber: mStar
|
noor2 replied at 8-8-2023 07:52 AM
Nak bela ayam berjuta ekor pun pergi balik negara anda... pengecut, penakut pula nak balik buat sesu ...
bulalof replied at 8-8-2023 07:57 AM
saya sgt menyokong kenyataan ini.
Carcosa replied at 8-8-2023 08:03 AM
Dia satu je.
Report, report dan report.
Report merata. Jgn report satu tempat je. Kena usaha lebih. ...
Simunggu replied at 8-8-2023 08:02 AM
jiran anda adalah taraf hidup anda juga....
ADVERTISEMENT