Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin mengakui berpuas hati dengan 'trend' terkini pihak stesen televisyen yang menjadikan pelakon 'tanpa nama' sebagai tunjang utama drama. Katanya, 'trend' tersebut bermula selepas kejayaan drama Projek High Council yang dijayakan oleh rata-rata pelakon baharu yang mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton.
"Terima kasih kepada drama Projek High Council yang berjaya membuktikan pada stesen dan produser tanpa branding artis yang kuat dan popular tetap mampu membuatkan sesuatu naskhah itu stand out. Apa yang penting adalah cara kita nak jual cerita kita kepada audiens. "Sebenarnya dah beberapa orang eksekutif stesen televisyen mula meluahkan rasa bosan kerana stesen sesama stesen berebut muka yang sama. Siang muka sama, malam pun muka yang sama. "Tapi sekarang keadaan sudah sedikit berubah. Stesen dah mula perasan lambakan artis popular dengan muka balik-balik yang sama di semua stesen adalah sesuau yang tidak sihat untuk ekosistem industri drama itu sendiri.
"Penonton dah mula bosan sebab balik-balik muka yang sama di semua stesen tapi cerita entah apa-apa," katanya menerusi hantaran di Facebook.
|
ADVERTISEMENT