CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Maut, Dua Cedera Dirempuh Pikap Ketika Berteduh Di Perhentian Bas

7-8-2023 10:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6705| Komen: 8

Sarikei: Seorang lelaki meninggal dunia, manakala adik perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 12.01 tengah hari, kesemua mangsa yang menaiki sebuah motosikal sedang berteduh di perhentian bas berkenaan kerana hujan.

Keadaan mangsa yang meninggal dunia akibat dirempuh sebuah pikap ketika berteduh di perhentian bas di Jalan Sebangkoi di sini.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Toyota Hilux telah melanggar penunggang motosikal yang berhenti di perhentian bas semasa hujan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa yang berusia 39 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala, adiknya yang berusia 27 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu telah dihantar ke Hospital Sarikei.


Selain itu, pemandu pikap terbabit, iaitu lelaki berusia 32 tahun turut cedera akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 9-8-2023 10:29 AM
Yg pikap tu pun... Laju2 nk g mana
Quote sangbara2020 9-8-2023 12:35 PM
pikap ni mmg
Quote kucingitam 9-8-2023 12:51 PM
hailak lagi..
Quote faraway1 9-8-2023 01:08 PM
Memandu cam nak bunuh diri tapi malang bukan dia yang meninggal....
Quote Skuau 9-8-2023 01:16 PM
Ford di Semenanjung,Hilux di Swak...pikap mula buat HAL dah ni....kita bakor,kita bakor....
Quote white_musk 9-8-2023 07:32 PM
Tolong lah haramkan hailak pikap atas jalan raya
Quote dua_chzy 9-8-2023 08:20 PM
Contoh kematian babi.

Sapa la sangka takat berteduh di perhentian bas boleh mengundang maut. Bodoh betul suratan takdir sebegini. Lately kan bitter betul aku baca berita2 begini.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.053650 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top