CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dilanggar Ketika Main Skuter

7-8-2023 10:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6953| Komen: 5

Johor Bahru: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.


"Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 7-8-2023 10:39 PM
Pickup ni mmg rasa dia terpaling atas jln.. takziah buat keluarga mangsa. 2 kes dh ni aku baca
Quote Zeatyisaac 8-8-2023 01:09 PM
Wait! 3 tahun main scooter kat kawasan kediaman? Are you kidding me? 3 tahun sepatutnya belum boleh keluar kawasan rumah, bermain di halaman rumah je kalau rumah ada halaman, kalau tak, bermain di Taman Permainan. By the way, driver pick up tak pernah berhemah, tunggulah sehingga anak2 dia yang kena.
Quote Knowlee 8-8-2023 01:38 PM
Driver yg bawak kereta pickup ni memang signal tak bagi, bawak laju mcm nak cirit, cucuk2 kereta org pastu tetiba masuk simpang, cross 3 lane dari kanan terus ke kiri masa nak dekat simpang... Apa masalah diorg ni entah.
Quote chikumanis 8-8-2023 04:52 PM
betul! me paling menyampah kalau drive sebelah 4x4 ni. suka himpit n cucuk macam pikap dia yg terpaling besar. kang me drive truck n cucuk dia, tahu pula marah. pastu memotong kiri kanan macam tangan tu dah kudung sebab tak reti bagi signal

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098378 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top