CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nak Bunuh Suami Demi Wang, Campur Peluntur Dalam Kopi

7-8-2023 09:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6496| Komen: 3

Seorang wanita tergamak meracuni suaminya dengan hidangan kopi bercampur peluntur pakaian selama sebulan demi mendapatkan wang faedah kematian.

Perbuatan kejinya terbongkar menerusi beberapa kamera tersembunyi yang dipasang di seluruh rumahnya.



Tindakan itu dilakukan Roby Johnson selepas mendapati air kopi yang dihidangkan isterinya, Melody Johnson berasa pelik.

Susulan daripada itu, anggota tentara udara Amerika Syarikat ini melakukan ujian dengan mencelupkan kertas ujian pH air ke dalam kopi.

Dia kemudiannya terkejut selepas mendapati kandungan klorin di dalam kopi yang dihidangkan isterinya itu, adalah tinggi.

Pun begitu, sepanjang tempoh sebulan berada di Jerman atas urusan kerjanya, dia berpura-pura ‘menikmati’ kopi tersebut.

Sejurus selepas pulang semula ke Amerika Syarikat, Roby membuat laporan polis bersama bukti yang disimpannya.


Melody akhirnya ditahan dan didakwa di mahkamah atas cubaan membunuh suaminya dengan memberi racun.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan semula pada 6 September ini. - 9news


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 9-8-2023 10:28 AM
Mujurla dh sebulan laki dia x mati
Quote rospinki 9-8-2023 10:51 AM
dia masuk byk sgt kot sukatan tu kena 0.001mg utk secawan kopi tapi lama hasilnya.
idea ni dari satu kisah pembunuhan bekas isteri pastu dia cakap mcmtu kat wife baru dia yg dia bole bunuh isteri dia pelan2 buh liquid pencuci kt minuman.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.078848 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top