Warga emas balik memancing parah dilanggar kereta DJOHAN SHAHRIN SHAH SEORANG warga emas terbaring di atas jalan raya selepas terbabit dalam kemalangan di dalam terowong SMART di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang baru pulang daripada memancing ikan terpaksa menahan sakit selama kira-kira 40 minit di tengah-tengah jalan raya setelah terlibat dalam satu kejadian langgar lari di dalam terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (Smart), Jalan Tun Razak menghala ke arah Cheras di sini semalam. Menurut saksi, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari setelah motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti. “Mangsa yang ketika itu berada di lorong tengah jalan raya gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh di tengah-tengah laluan tersebut. “Saya difahamkan, mangsa yang cedera gagal bangun ekoran faktor usianya yang sudah lanjut. Laluan jalan raya yang sibuk juga menyebabkan orang ramai sukar untuk membantunya,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
|
putr@polo posted on 3-7-2013 04:23 PM
rasanya bukan trowong smart, kosmo salah lapor ni..
aku baca utusan pagi tadi kata kat jalan tun ...
lavacall posted on 3-7-2013 04:32 PM
la...mender la kau ni
dah tau apsal tak tepek versi betul punyer...
lavacall posted on 3-7-2013 04:32 PM
la...mender la kau ni
dah tau apsal tak tepek versi betul punyer...
ADVERTISEMENT