CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggalkan Sejak Lahir Sebab Muka Cacat, Dah Besar Cuba Cari Balik Pun Tetap Ibu Bapa Kandung Tak Nak Jumpa

7-8-2023 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3479| Komen: 24

LONDON: Seorang lelaki dari West Yorkshire ditinggalkan oleh ibu bapanya gara-gara wajahnya yang cacat namun berjaya bangkit meraikan kekurangan dirinya.

Jono Lancaster, 38, dilahirkan dengan sindrom Treacher Collins yang menjejaskan antara nisbah satu dalam 50,000 orang dan menghalang tulang serta tisu di muka seseorang berkembang dengan baik.


Katanya ibu bapanya meninggalkan dirinya bersendirian di hospital hanya 36 jam selepas dilahirkan, menyebabkan dia terpaksa dihantar ke pusat jagaan perkhidmatan sosial.

Mail Online

Lancaster mengakui pernah cuba menghubungi ibu bapanya ketika usianya mencecah 20 tahun namun mereka menolak tawarannya untuk bertemu malah memberitahu tidak mahu berhubung lagi dengannya.

Mail Online melaporkan, dengan bantuan rakan-rakan dan ibu angkatnya Jean, Lancaster mampu membina kehidupan yang berjaya walaupun berdepan pelbagai kesukaran dan kini aktif sebagai pakar motivasi dengan kisahnya yang luar biasa.


Lancaster dijemput memberi ceramah kepada pelbagai lapisan masyarakat terutama remaja sekolah di banyak negara, termasuk Argentina, Chile, Mexico, Amerika, Kanada, Norway, Jerman, Ghana dan Ukraine.

Pada 2019, Lancaster melancarkan badan amalnya sendiri dipanggil Love Me Love My Face Foundation bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sindrom Treacher Collins dan keadaan kraniofasial yang lain.

“Dahulu, apabila mencari maklumat tentang Treacher Collins di google, ia akan sentiasa muncul dengan cerita sedih dan orang kelihatan tidak gembira.

“Tetapi sekarang mereka pasti akan melihat saya menjalani hidup dengan senyuman lebar di wajah saya. Itu adalah perasaan yang luar biasa. Ia membuktikan terdapat cahaya di hujung terowong dan ia sangat mengagumkan untuk menjadi sebahagian daripadanya,” jelasnya.

Lancaster kini terlibat dalam penerbitan rancangan dokumentari Love My Face dan turut menerbitkan sebuah buku berjudul Not All Heroes Wear Capes, yang menghimpunkan kisah bagaimana dia belajar untuk menerima siapa dirinya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-8-2023 05:00 PM
tergamak ye mak ayah dia.......
Quote vanillaninja 7-8-2023 05:02 PM
I baca pasal kisah heols ni dulu. Sangat inspirational.
Quote sharlenetexas 7-8-2023 05:03 PM
Kerasnya hati mak bapak heols. Siap buang anak. Dah besar tak nak jumpa.

Quote Thunderclouds 7-8-2023 06:56 PM
Treacher Collins ni features dia sepesen ek xkira bangsa apa.
Mmg gitu lah ropenye.
Mcm SD.
Zaman dinosaur dulu opismet aku sorg mcm ni.
Time tuh lom well known lg sindrom TC.
Nk tnya knp takut kecik hati pulak.
Quote Decaffeinated 7-8-2023 07:05 PM
Mak bapak memang buang sebab rupa kau, tak payah lah nak cari lagi. Lain lah kalau tetiber ko hensem.


Quote lightheaded67 7-8-2023 07:11 PM
ce try jadi kaya, taknak mngaku mak bapak lagi tak.
Quote matjerk 7-8-2023 09:52 PM
Remuk nya hati aku baca.... harap netflix buat kisah hidup dia ni...
Quote cmf_premierleag 7-8-2023 09:56 PM
Sedihnya la baca..teringat citer film yg britney spears berlakon ms zmn sheols bbnu dulu..Crossroads.....dia try cari ibu kandung dia..lps dh berjaya jmpe, mak kandung dia ckp preknen n lahirkan dia adalah satu mistake terbesar dlm hidup mak dia
Kesian britney ms tu berlalu mcm tu je sambil tgk adik2 dia dr ayah baru ada family sempurna
Quote netto_ 7-8-2023 10:16 PM
Mintak2 jd glemer kaya raya. Lopeh tu anta je parents kau msk umah seri kenangan
Quote Jikookie 13-9-2024 08:49 AM
Kejamnya mak ayah pun. Dah besar pun masih taknak terima
Quote lipans 13-9-2024 11:33 AM
Edited by lipans at 13-9-2024 11:36 AM

Cuba cakap mak pak, umur saya dah tak panjang & saya nak masukkan dalam penama pusaka untuk harta 5 billion pound sterling.
Quote IzzahF 13-9-2024 11:37 AM
kesiannya...jenis2 mak bapak yg tak patut beranak
Quote AkokKocik 13-9-2024 12:56 PM
Dia dulu ke yg digelar shark boy sbb figures muka mcm jerung atau org lain??
Quote any42 13-9-2024 01:29 PM
kuatnya mental n smngat dia. mak ayh sndri xnk mngaku ank dsbabkn kcacatan yg bkn salah dia pun
Quote cm_vungtau 13-9-2024 01:49 PM
Macam rupa Hunchback of Notre Dame sikit
Quote B40tastePosh 13-9-2024 01:55 PM
Comel macam ni pun kena buang parents

Kalau sihat pun tapi jahat buat apa
Quote B40tastePosh 13-9-2024 01:57 PM
lipans replied at 13-9-2024 11:33 AM
Cuba cakap mak pak, umur saya dah tak panjang & saya nak masukkan dalam penama pusaka untuk harta 5  ...

Dia ni comel mesti ada gigirl nak...tapi mesti dia bagi duit kat foundation dia.

Meols pun nak tubuhkan foundation sendiri tapi macam mana ye?

Any suggestions.
Quote B40tastePosh 13-9-2024 01:58 PM
Decaffeinated replied at 7-8-2023 07:05 PM
Mak bapak memang buang sebab rupa kau, tak payah lah nak cari lagi. Lain lah kalau tetiber ko hensem ...

Dia chomel hokey
Quote Neno90 13-9-2024 02:17 PM
Kesian la hai

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top