Selepas berita seorang anggota polis melihat kelibat pontianak semasa melakukan rondaan, kecoh lagi apabila beberapa gambar entiti itu yang dilihat bertenggek dan berterbangan di satu kawasan perumahan tular di laman sosial.
Dalam gambar itu, kelihatan jelas sosok berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk bertenggek di sebuah apartmen dipercayai di Pulau Pinang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ini merupakan ‘penampakan’ yang sama dengan apa yang dialami oleh seorang pegawai polis dua hari lepas. “Depa nampak Cik Ponti depan-depan… Wallahualam, jangan terlalu percaya dan risau. Kita rileks sudah. Kita jangan kacau dia, dia tak kacau kita,” kata individu yang memuat naik gambar tersebut. Di ruangan komen, ramai yang rasa seram dan berdebar setelah melihat gambar-gambar tersebut. “Ya, memang real. Rumah aku dengan perumahan kastam ni sebelah sebelah ja. Dulu, keliling tu semua hutan dan pokok pokok lama, tapi sekarang depa dok buat rumah baru kat situ. “Kes ini dah berlarutan seminggu dua minggu dah, bukan baru lagi. Kawan mak aku yang duduk kastam bagitau memang real kes ni,” kata Heiza . Namun ada juga yang skeptikal dan percaya gambar tersebut mungkin telah disunting. “Hmm, bukan semudah itu ye nak ‘snap’ gambar hantu. Orang ramai mudah betul percaya benda-benda viral mcm ni. Sudah lah ada bayang-bayang pula Cik Ponti tu. “Katanya zaman skrg kamera canggih belaka. Keluar gambar serupa pakai idiotphone juga,” kata Lana. “Dari aku kecik sampai besar, aku tengok gambar post hantu ni mesti baju putih. Memang pakaian hantu warna putih je ke? “Lagi satu, hantu ni buka kedai dobi ke, tak kotor sangat pakaian hantu Malaysia ni. Aku kerja pakai baju putih, sehari sekali nak basuh pun malas,” kata seorang lagi netizen. -CARI
|
salimrock replied at 7-8-2023 04:12 PM
bukti technology boleh menangkap gambar entiti aneh,
dulu camera tak boleh amik gambar antu, bila ...
lanacondor replied at 7-8-2023 08:00 AM
Tgkt atas skali plk dia panjat..bodoh pny ponti.. tdo psg lampu la aku mlm ni
salimrock replied at 7-8-2023 08:12 AM
bukti technology boleh menangkap gambar entiti aneh,
dulu camera tak boleh amik gambar antu, bila ...
TabletSusu replied at 7-8-2023 05:00 PM
hahaha lawaklah ko ni.. rumah ko tingkat atas ke? klu tiba2 ada org ketuk tingkap, ko jgn bukak pu ...
lanacondor replied at 7-8-2023 04:00 PM
Tgkt atas skali plk dia panjat..bodoh pny ponti.. tdo psg lampu la aku mlm ni
CiliPadiSedap replied at 7-8-2023 08:46 PM
tidur dalam kelambu sis silap2 dia ada kt sebelah sis
ADVERTISEMENT