CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Hari Tak Makan, Bapa Terpaksa Curi Mi Segera Dan Roti Untuk Alas Perut Anak-Anak Kelaparan

7-8-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1283| Komen: 1

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa mencuri mi segera dan roti untuk mengalas perut anaknya yang kelaparan di rumah.

Menerusi perkongsian Peguam Aminahtul Mardiah,lelaki tersebut mengakui dia terpaksa berbuat sedemikian kerana anaknya sudah dua hari tidak makan.


Gambar Hiasan

“Kali terakhir anak dia makan nasi, dua hari lepas. Anak dia tak makan apa-apa selama dua hari.

“Dia baru sahaja diberhentikan kerja, tetapi dia ada bagitahu pemilik kedai bahawa dia akan membayar balik barang yang diambilnya,” tambahnya di video TikTok.

Jelasnya, lelaki tersebut juga tidak diwakili mana-mana peguam termasuk wakil daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

“Saya tawarkan diri secara probono dan dengan budi bicara mahkamah, dia hanya dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda.

Aminahtul menegaskan kepada orang ramai bahawa mencuri merupakan perbuatan yang salah dan tidak boleh dinormalisasikan, namun di dalam situasi begini mereka tiada pilihan lain.


“Kisah ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat untuk terus hidup di bawah kepompong sendiri. Hidup kita juga mestilah berteraskan niat yang betul,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054862 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top