Ramai yang risau bila memikirkan hari tua, takut jika memerlukan perhatian khusus akibat penyakit kronik selain faktor kewangan yang tidak kukuh. Bak kata orang anak yang ramai belum tentu dapat menjaga orang tua mereka atas pelbagai faktor dan kekangan.
Baru-baru ini seorang wanita tular selepas video suaminya mencuba kerusi lif di sebuah pusat jagaan orang tua mendapat perhatian ramai. Kapsyen 'survey rumah orang tua untuk encik suami' membuatkan ramai yang mengecamnya. Wanita itu dikatakan seolah-olah mendoakan agar dia suami menghabiskan sisa hayat mereka kelak di pusat jagaan. Bagaimanapun kata Noor Ezlinda Ismail, dia dan suami Zien Hashim sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi apabila mereka sudah tua nanti. “Kami memang bersedia sekiranya anak-anak tak dapat nak jaga,” luah wanita berusia 39 tahun itu ringkas kepada mStar.
Bagi dia yang menjalankan bisnes emas, tinggal di pusat jagaan orang tua bukanlah bererti dibenci anak-anak sebaliknya ia adalah pilihan. Malah katanya, keinginan tersebut terdetik selepas melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di sebuah pusat jagaan ketika menghantar bekas penjaga ibu mentuanya. Bukan sahaja menepati keperluan warga emas, lokasinya pun strategik serta cantik dan tidak seperti keadaan di pusat-pusat jagaan yang sering dilihat sebelum ini. “Selepas ibu mentua saya meninggal, saya hantar semula penjaga arwah pulang ke rumah orang tu kerana pemilik kekurangan staf. “Masa tu barulah saya tahu ada rumah orang tua yang cantik siap ada khidmat doktor lagi... tapi dia jenis private homecare,” luahnya. Menjawab kata-kata sinis warga maya, Ezlinda yang mempunyai dua orang anak tiri berkata, tiada siapa akan tahu bagaimana kehidupan di masa hadapan dan sebolehnya dia dan suami enggan menjadi beban kepada anak-anak. “Lagipun ramai orang tua yang ditinggalkan sebab anak-anak sudah ada kehidupan sendiri. “Kita juga tak tahu sama ada kehidupan anak-anak nanti susah atau senang yang boleh kita menumpang kasih. “Jadi memang survey juga kerana bimbang kalau dah tua-tua nanti tiada siapa nak jaga... sekurang-kurangnya homecare ni ada doktor dan kakitangan yang boleh jaga,” katanya yang tinggal di Bukit Jelutong, Selangor. Ezlinda sebelum ini pernah tular kerana menemani anak tirinya keluar menonton wayang bersama rakan dan kisahnya itu turut disiarkan dalam mStar. Terdahulu, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Selain menerima komen negatif, ramai yang bersetuju dengan pandangan Ezlinda dan memilih untuk tinggal di pusat jagaan orang tua jika sampai masanya nanti. “Bolehlah survey nanti. Dah tua nanti malas nak harapkan anak-anak jaga kita... biarlah mereka bahagia dengan hidup mereka sendiri. “I'm not even old but I think I need this. “Macam lawak tapi sebenarnya kena fikir siap-siap dah... kita tak tahu masa depan macam mana,” luah beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...
annehuda replied at 7-8-2023 06:44 AM
samelah kite noks. iols siap plan harta-harta iols ni mmg nak diwakafkan sajork. tak pun jual bua ...
salimrock replied at 7-8-2023 06:47 AM
aku pn tak tahu berapa kos, tp last 2 year ada kenalan wa india kawin pinoy, ( dulu dia kerja kera ...
salimrock replied at 7-8-2023 02:47 PM
aku pn tak tahu berapa kos, tp last 2 year ada kenalan wa india kawin pinoy, ( dulu dia kerja kera ...
Themilo replied at 7-8-2023 02:47 PM
khennn.. dah nasib jadi andartu, weols aman-aman jaa.. harap-harap lagi 25-30 tahun, ada la homeca ...
Themilo replied at 7-8-2023 02:32 PM
weols pun dah planning macam ni kelak, since weols pun andartu. Malas nak susahkan adik beradi / ana ...
annehuda replied at 7-8-2023 02:44 PM
samelah kite noks. iols siap plan harta-harta iols ni mmg nak diwakafkan sajork. tak pun jual bua ...
Themilo replied at 7-8-2023 02:47 PM
khennn.. dah nasib jadi andartu, weols aman-aman jaa.. harap-harap lagi 25-30 tahun, ada la homeca ...
insulin replied at 7-8-2023 07:33 AM
Berapa umur u sekarang ni?
ADVERTISEMENT