Setelah digantung tugas pada 19 Jun lalu, Inspektor Sheila berhasrat untuk kembali menyambung tugasnya sebagai pegawai kanan polis . Sheila atau S. Sheila Sharon, 35, berkata, dia mahu kembali berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membanteras jenayah dalam kalangan masyarakat.
"Kalau dengan izin Tuhan, saya ingin bertugas semula sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta berkhidmat untuk masyarakat bagi membanteras jenayah," katanya seperti dipetik di mStar. Sheila ditemui selepas sebutan semula kes jenayah melibatkannya di Mahkamah Majistret Selayang pada pagi Isnin. Sheila juga berharap masyarakat tidak memandang serong terhadapnya berhubung kontroversi melibatkan dia sebelum ini. Sheila berkata, dia hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan berharap masih ada sinar buatnya selepas ini.
"Saya pun manusia biasa ada kekurangan serta kelemahan... Kalau diikutkan dengan kelayakan saya ini, saya boleh berkhidmat di luar negara tapi saya pilih berkhidmat sebagai polis demi mencurahkan jasa buat masyarakat. "Saya harap masyarakat jangan salah faham dan tahu niat saya yang sebenarnya," ujarnya. Pada sebutan kes yang berlangsung Isnin, Timbalan Pendakwaraya Raja Anis Farhah Ahmad Hilmi dan Erneetha Kaur Beghwant Singh menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes. Bagaimanapun dokumen berkaitan rakaman video masih belum diserahkan kepada mahkamah. Susulan itu, Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock menetapkan 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes. Pada 26 Jun lalu, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sheila didakwa atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam. Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut. -CARI Sumber: mStar
|
krustykrab replied at 7-8-2023 01:28 PM
Ko pi je la kerja kt india..maybe diorg perlukn org mcm ko. Memandangkn kt sana, pompuan selalu di b ...
airmineral replied at 7-8-2023 02:10 PM
apa kelayakan dia?
apa kelayakan nk keje oversea yg dia maksudkan tu?
eyansss replied at 7-8-2023 02:17 PM
baru nak tanya... hahaha... baru inspektor percubaan, dah berlagak tentang kelayakan... bwahaha ...
ADVERTISEMENT