CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Syak Bekas Mak Nyah Bercerai Dengan Pengkid Sebab Pernah Mengaku Duda Anak Satu

7-8-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3375| Komen: 16

Bekas mak nyah, Danny yang bercerai dengan pengkid terus menjadi kontroversi apabila dia didakwa menipu mengenai status perkahwinan sebelum menikahi gadis bernama Nurazearah Fateha, 22, itu pada 15 Julai lalu.


Dakwaan itu timbul berikutan hasil galian netizen pada posting lamanya di TikTok yang mengaku merupakan seorang duda anak satu hingga mencetus spekulasi bahawa status berkenaan menjadi punca rumah tangga yang dibina bersama Nurazearah atau Yan hanya bertahan selama dua minggu.


mStar

Enggan membiarkan perkara itu terus menjadi bualan, Danny, 40, tampil menjelaskan hal sebenar di sebalik pengakuan yang dibuat pada 6 Ogos tahun lalu.

Ujar Danny, pada ketika itu dia membuat pengakuan sebagai duda kerana mahu menjaga nama baik anak angkatnya dikenali sebagai Qaseh yang dibela sejak kecil.

"Di sini saya ingin buat permohonan maaf. Saya menipu semua orang mengatakan saya ni adalah duda dan pernah berkahwin.


"Sebenarnya tujuan saya dulu tu untuk elakkan kata-kata orang. Anak saya tu sebenarnya adalah anak angkat.

"Saya selamatkan dia 13 tahun lalu. Saya sanggup mengatakan yang saya ni seorang duda untuk orang faham kononnya dia tu darah daging saya sendiri," ujarnya menerusi video di TikTok.


mStar

Bercerita lanjut, Danny berkata dia menjaga Qaseh dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri.

Malah pemilik salon di Ampang, Selangor ini mendakwa dia juga berjaya menyelamatkan anak angkatnya itu daripada dijual di Thailand.

Justeru tambah Danny, salah satu sebab dia berkahwin dengan Yan juga adalah demi memberi peluang kepada anak angkatnya itu merasai kasih sayang seorang ibu.

"Niat saya bersih (baik), saya tahu saya lelaki tidak sempurna di mata semua. Saya minta maaf. Anda semua layak untuk menghukum saya.

"Benar, dia tak pernah rasakan kasih sayang seorang ibu. Perkahwinan ini adalah satu keikhlasan daripada hati saya untuk mencari ibu kepada anak perempuan saya.

"Tapi hanya bertahan untuk dua minggu. Harini anak saya memberikan keizinan untuk memberitahu hal sebenar. Saya tidak perlu lagi menipu dan mengatakan dia merupakan anak kandung saya," katanya lagi.

Dalam pada itu Danny turut memaklumkan dia menggunakan sijil pernikahan kakak sulungnya bagi mendapatkan hak penjagaan Qaseh secara sah mengikut perundangan. Malah, Qaseh diberikan susu badan oleh kakak kandungnya sendiri.


mStar

"Saya tahu dalam hukum Islam saya tak boleh menyentuh Qaseh kerana bukan mahram. Tapi anak saya sudah diberikan susu badan oleh kak long.

"Saya pun sudah tanya Jabatan Agama Islam Selangor sebab kak long sudah susukan anak saya... jadi Qaseh tu sama seperti anak buah sendiri.

"Saya mohon maaf sekali lagi dengan semua orang. Ini (bernikah dengan Yan) merupakan perkahwinan pertama saya. Saya ikhlas menjaga dan memperisterikan Yan," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan daripada akaun TikTok peribadinya.

Terdahulu, perkahwinan Danny dengan Yan menjadi tumpuan ramai gara-gara status mereka sebelum ini yang dikenali sebagai bekas mak nyah dan pengkid.

Pasangan berkenaan selamat diijabkabul pada 15 Julai lalu di Ulu Remis, Kluang, Johor, selepas lima hari mengenali antara satu sama lain.

Namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama kerana pada 30 Julai lalu Danny menceraikan Yan menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 7-8-2023 11:44 AM
Banyak nya thread sama tp content bodoh
Quote cikatilia 7-8-2023 11:51 AM
jahanam asik muka kau aje wehh
Quote prettyuglybabe 7-8-2023 11:52 AM
astgaaaaa... beria la orang doakan kekal lama..
sah demi content..
elok mampus je la manusia gini..
gunakan agama demi nak popular..
Quote sayurmayur88 7-8-2023 12:02 PM
entahlah .. cringe baca thread ni
Quote seri_mawr 7-8-2023 12:20 PM
tak tahu nak komen apa...

Semoga Allah swt  jauhkan keturunan aku dari manusia2 mcm ni...dan dilindungi dari berkeinginan songsang begini....
Quote pekanwoohoo 7-8-2023 12:22 PM
Burok betul muka bapuk nih.
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2023 12:34 PM
Semoga till Gehennom/Jahannam
Quote matamata 7-8-2023 12:41 PM
Bila babi jadi wartawan
Quote Perawankota 7-8-2023 01:49 PM
Tak abis2 LG ke pasal dia? Aku dulu pon ada, few gang2 lembut kawen dgn tomboy. Tapi kebanyakan, dah dpt anak, anak dah besar sikit, dorg pon bercerai..
Quote Kitty_catz 7-8-2023 01:56 PM
kome suke bebeno ekk citer acik fonen kote lembik + acik pengkid cat dinding nehh

Quote selipar_hijau 7-8-2023 01:56 PM
dah berapa billion dah followers dia lepas kejadian ni? tanya je
Quote Suchi 7-8-2023 03:43 PM
Byk ye thread dia, susah nk caya dia kata nk selamatkn baby tu dr dijual kt thai so ko mcm hero ker?
Muka budak tu dah ada iras cam dia, mungkin mmg bkn ank kandung dia tp blh jd anak2 sedara mara dia gak sbb rupa lebih kurang kan.
Quote anony-mous 7-8-2023 04:18 PM
Gmbar2 dia kemain edit smpai xnmpk hidung rosak. Tgk video2 dkt tiktok, gigi hidung x sama mcm gmbar
Quote sukacactus 7-8-2023 05:02 PM
Bosan la asyik citer dia ni je
Buat iklan percuma ke hari2 ada je
Quote Perwira2022 7-8-2023 05:31 PM
Yang suami masih craving romen dengan lelaki tulen

Yang isteri masih craving romen dengan perempuan ori

Tak sexually aroused to eaxh other

Sebab tu kot bercerai

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top