CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Masih Senyum Walau Kaki Kudung Digilis Lori Simen Gara-Gara Selamatkan Kucing

7-8-2023 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2303| Komen: 5

Malang nasib seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang kakinya terpaksa dipotong selepas cuba menyelamatkan seekor kucing.

Memetik laporan Kilat.com, remaja bernama Nabila Febrianti berasal dari Indonesia itu melihat ada seekor kucing di tengah jalan raya.



IG

Tergerak hati untuk menyelamatkan haiwan comel itu, Nabil bergegas dan berlari ke arah kucing berkenaan tanpa menyedari keadaan lalu lintas ketika itu.

Malang tidak berbau, Nabila dilanggar sebuah lori simen menyebabkan kakinya cedera parah.

Selepas kejadian tersebut, Nabila dikejarkan ke hospital. Malangnya, kedua belah kaki terpaksa dipotong.

Sungguhpun kehilangan kedua belah kaki, Nabila masih lagi positif. Menerusi perkongsian akaun @nenktainment Nabila kelihatan masih lagi tersenyum.



Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan kesejahteraan Nabila.

Tidak kurang, ada juga yang berterima kasih kerana cuba untuk menyelamatkan nyawa haiwan lain sehingga nyawa diri sendiri tergadai.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 8-8-2023 07:37 AM
hati kau memang suci dik..
Quote mieyrasfea 11-8-2023 08:58 AM
Allahu Akbar.. terima kasih adik. alhamdulillah adik selamat.
Quote dua_chzy 11-8-2023 08:59 AM
Ni barulah anak syurga dek.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.412779 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top