CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pekerja Am Pelabuhan Peroleh RM6,000 Sebulan Hasil Jual Telur Masin

7-8-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2596| Komen: 11

Bermodalkan RM10,000, bekas pekerja am di Pelabuhan Utara, Klang meraih pendapatan lumayan sehingga RM6,000 sebulan selepas menceburi bidang perniagaan telur masin.

Menurut Nordin Hamid, 57, pendapatan pendapatan diraihnya itu adalah sekali ganda daripada gaji RM3,000 diperolehnya sebulan setelah bekerja lebih 20 tahun di pelabuhan tersebut.



Nordin (kiri) dan Noorsham menyusun telur itik untuk diproses menjadi telur masin di Kampung Rantau Panjang, Klang semalam.

Perniagaan diusahakan sejak empat tahun lalu bersama isteri, Noorsham Abdullah, 59, menjadi sumber pendapatan baharu buat keluarganya pada usia menjangkau warga emas.

“Dalam sebulan dianggarkan 15,000 biji telur masin terjual untuk pasaran sekitar Lembah Klang. Faktor usia menyebabkan saya perlu mencari pendapatan baharu memandangkan sebelum ini saya bekerja mengikut syif.

“Lagipun, menerusinya saya mempunyai lebih masa bersama tiga anak berusia 27 hingga 34 tahun yang kadangkala membantu perniagaan ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Rantau Panjang, di sini semalam.


Nordin yang berasal dari Hutan Melintang, Perak berkata, dia mempelajari cara membuat dan penjagaan telur masin daripada Youtube selain mereka telah lama bergiat dalam bidang itu.

Katanya, bekalan telur itik itu diperoleh daripada pembekal di sekitar Pantai Remis, Perak.

“Cabarannya adalah terdapat telur yang retak dan pecah ketika membeli ribuan biji daripada pembekal.

“Apabila pecah, telur itik itu tidak boleh diproses kerana isi­nya jadi terlampau masin setelah menjalani proses rendaman selama dua minggu,” katanya.

Tambahnya, dia kini dalam proses mengembangkan perniagaan terutama dalam pembelian mesin bagi pemprosesan telur dan rendaman berbanding ketika ini dibuat secara tradisional.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-8-2023 10:02 AM
Akak pelik kenapa @sekngucing panggil telur asin
Quote ultra78 7-8-2023 10:02 AM
Aku suka telur masin. Tapi belum pernah beli jenis yg rendam dalam air garam. Biasa jumpa yang balut abu aje
Quote gigahertz 7-8-2023 12:55 PM
kalau i belikan mesin utk acik tu pastu i nak 40% keuntungan
agak agak acik tu nak x ?
Quote Supersirap 7-8-2023 01:15 PM
x pandai makan telur asin
Quote sekngucing 7-8-2023 07:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 7-8-2023 10:02 AM
Akak pelik kenapa @sekngucing panggil telur asin

kalau org pilipin...asin tu maksud dia garam
Quote B40tastePosh 8-8-2023 05:38 AM
Telur Masin Melayu rendam dalam air masin. Mak meols dulu rendam telur masin lepastu letak water fikter belah atas air biar garam tak settle down...so dapat sekata kemasinan atas dan bawah dasar air

Kalau telur masin Cina terlalu masin ...kalau yang fresh okey la...boleh makan sebab I suka terlur masin yang tak terlalu masin
Quote jiwasemangat 8-8-2023 06:59 AM
Nyampah tul aku jenis ngaku untong banyak² ni. Kalau suruh tunjuk resit lhdn..tak nakk laa pulopp..
Quote Tinot7 8-8-2023 07:01 AM
kakikuDibibirmu replied at 7-8-2023 10:02 AM
Akak pelik kenapa @sekngucing panggil telur asin

Iols pun panggey tulur asin... tatau nape..
Quote Tinot7 8-8-2023 07:02 AM
gigahertz replied at 7-8-2023 12:55 PM
kalau i belikan mesin utk acik tu pastu i nak 40% keuntungan
agak agak acik tu nak x ?

Jgn cuba menangguk di ayaq yg keruh.. tabaik..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.043606 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top