Teruja dan ingin tahu bagaimana sebuah pengasah pensel automatik milik salah seorang muridnya berfungsi, seorang guru memanggil empunya alat berkenaan dan beberapa pelajar lain ke hadapan kelas sambil merakam momen berkenaan.
Guru itu kemudian bertanya tentang harga pengasah pensel itu sebelum muridnya menjawab RM38. “Eh seronok pula main. Patutlah kamu ramai-ramai asyik main tekan je. “Saya nak belilah, nah pulang balik kamu punya,” katanya lagi. Namun dalam keterujaan itu, tanpa sedar guru berkenaan mendedahkan wajah murid-muridnya setelah memuat naik video tersebut di media sosial. Tindakannya kemudian ditegur seorang pengguna Twitter kerana menjadikan murid-muridnya sebagai sebahagian daripada kandungan atau content di media sosial. “Anak murid anak orang, bukan content kamu wahai cikgu-cikgu,” tulis pengguna Twitter berkenaan ketika berkongsi semula video tersebut. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan amaran itu kerana menurut mereka privasi wajah murid perlu dipandang serius. Hasil semakan mendapati video ‘pengasah pensel automatik’ yang dimuat naik guru tersebut menerusi akaun TikTok miliknya meraih hampir 5 juta tontonan. Selain itu, terdapat video berasingan menunjukkan reaksi guru itu yang teruja menggunakan pengasah pensel milik muridnya. Dalam pada itu, netizen turut menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius terhadap isu yang berlaku termasuk mengeluarkan undang-undang baharu mengenai larangan cikgu membuat kandungan media sosial di dalam kelas. Sumber: mStar
|
kakikuDibibirmu replied at 7-8-2023 09:38 AM
Cikgu batak
ADVERTISEMENT