CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyesal Izinkan Anak Usia 16 Tahun Kahwin, Ibu Paksa Menantu Usia 41 Tahun Cerai Dengan Anaknya

7-8-2023 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4269| Komen: 24

Baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan, pasangan beza usia ini sudah berdepan ‘cabaran’ dan ‘dugaan’ apabila ibu Kevin, 16, iaitu Lisa meminta menantunya, Mariana yang berusia 41 tahun untuk bercerai dengan anaknya.


Perkahwinan mereka pada Ahad 30 Julai lalu di Desa Bekut, Kecamatan Tebas, Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat, membuatkan ibu Kevin dihujani cacian, malah berdepan ancaman undang-undang.


TribunNews

“Daripada dihukum, lebih baik ceraikan anak saya sahaja. Daripada pening-pening disalahkan sebab kita pula dituduh paksa anak bernikah.

“Kalau dipanjangkan cerita ini, satu-satunya jalan, bercerai. Saya ada hak juga, itu anak saya. Saya lahirkan dia,” sambungnya.

Lisa menafikan bahawa matlamatnya adalah untuk merebut harta Mariana. Katanya, dia tidak pernah menyangka masalah besar akan timbul selepas perkahwinan tersebut berlangsung.


“Dulu, kami tiada masalah untuk mengahwinkan anak saya dengan Mariana. Hujung-hujung masalah. Jangan salahkan saya jika saya kejam jika memisahkan mereka,” jelasnya.

Tambah Lisa, keputusan untuk memisahkan mereka adalah untuk melindungi Kevin dan mengelakkan tuduhan tidak menyenangkan terhadapnya.

“Daripada saya digelar mata duitan, kalau tahu macam ini. Saya bersumpah demi Tuhan saya tidak akan merestui anak saya berkahwin daripada dipanggil terlalu gilakan harta. Bercerai sahaja. Terlalu banyak masalah," katanya.

Kisah ini telah menggegarkan masyarakat dan menimbulkan persoalan tentang keperluan penguatkuasaan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada perkahwinan yang tidak sah.

Malah, khabarnya, pihak kerajaan juga campur tangan dengan meminta mereka untuk tidak lagi ‘tidur sekatil’ walaupun baru beberapa hari berkahwin.

Memetik Sewaktu.com, Perwakilan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Kalimantan Barat turut memandang serius kes ini.

“Mengenai ini, kami dari KPAI Kalimantan Barat mendesak agar polis turut ikut campur tangan. Fakta ini menunjukkan mangsa persetubuhan dengan kanak-kanak bukan sahaja wanita, malah lelaki yang terlibat dalam perkahwinan awal,” Hoesnan dalam siaran Kabar Petang TV One. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 7-8-2023 08:46 AM
Masalahnya dah tidur ke blm? Bila kerajaan tahu pasal kes nih?
Kalau tau dah bbrp hari dah terlambert laaa tah2 bulan depan membunting sudah.
Si mak plak gara2 org kecam terus nk suh anak bercerai.Risau sgt org mengata dia nakkan harta member tu tah2  mmg itu niatnya.
Kesian kat anak dia sbb masih kanak2 dipergunakan oleh org tua sekitar dia. Sorang lapaq nak berlaki muda sorang lagi lapaq harta.
Quote nolya 7-8-2023 10:35 AM
Diaorang tu keluarga Islam ke bukan?  Kalau Islam, anak itulah yg memegang talaknya, bukan si pompuan. Namun, kalau pulak si suami dah sukakan isterinya yg terlebih umur drp dia, mana boleh paksa bercerai.  Baragkali nanti isteri boleh saman suami kerana cerai tanpa sebab.  Apapun, kenapa boleh nikah dgn anak bawah umur?
Quote I.K.A888990 7-8-2023 11:01 AM
dah knp kau kawenkan jgk mula2 tu
ni baru acah2 syg anak konon
Quote Kitty_catz 7-8-2023 11:03 AM
ayoyo cemaner nengok budak konek tak cukup umo ni boleh bernapsuu ehh?

machiam2 aje warge bibik friskies nehh
Quote _blackbird 7-8-2023 11:16 AM
entah siapa yg salah... ku tak tahu.....
Quote noor2 7-8-2023 11:37 AM
Mcm2 la indon ni....
Quote JunkMail 7-8-2023 12:03 PM
Buat malu babu friska je lah korang ni ..
Ehh tapi babu friska feeling Malaysian skrg
Quote uda 7-8-2023 12:19 PM
Kalau lelaki tua kawin dgn budak pompuan 16 th tak pulak suruh cerai.
Quote mizzmimi 7-8-2023 12:39 PM
Helokkk anak ko kak.. ko jual anak ke ape.. ke mintak dowry gitu gini tak dapat.. lantas disuruh ceraiii.. gitu iols bertanya..
Quote krustykrab 7-8-2023 12:47 PM
Sblm ko kawinkn anak ko tu, tak pikir dulu ke apa natijahnya?
Quote krustykrab 7-8-2023 12:51 PM
uda replied at 7-8-2023 12:19 PM
Kalau lelaki tua kawin dgn budak pompuan 16 th tak pulak suruh cerai.

Biasanya anak perempuan org susah ni dianggap sbg beban, sb tu di nikahkn cepat². Either parents dpt imbuhan dr menantu laki or kurang dh 1 mulut nk kasi makan.
Quote Perwira2022 7-8-2023 12:52 PM
Mak bodoh. Tu je.
Quote makita 7-8-2023 01:15 PM
Sebelom menyesal boleh je kan larang anak tu dari kawen. Bongoknya mak
Quote SalenaGomez 7-8-2023 01:23 PM
JunkMail replied at 7-8-2023 12:03 PM
Buat malu babu friska je lah korang ni ..
Ehh tapi babu friska feeling Malaysian skrg

Friska xkan muncul dlm thread ni
Quote msdummy.2018 7-8-2023 01:44 PM
Korang jgn riso...friska cuma mcnul kalo yang kawin bwh umur tuh malaysia...
Quote maroon_nerd 7-8-2023 02:42 PM
Camne awal2 boleh nak kawennya? Budak tu propose aunty tu ke? Ke maknya yang kenen2 kan? Helok budaknya. Muka fillipino.
Quote pocongkiutss 7-8-2023 02:45 PM
Gelinya..pedo..kalau lobai pas buat mesti kena kecam..yg ni pun sama je
Quote Decaffeinated 7-8-2023 02:53 PM
Lebih banyak yang disembunyi dari yang diceritakan. Buang karen ja nak fikir.
Quote dua_chzy 7-8-2023 02:55 PM
Sebab hal ni viral.

Tu la. Fikir panjang before thy act.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.116262 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top