Seorang penyanyi tampan, tinggi lampai dan pernah menganggotai kumpulan popular sekitar era 90-an didakwa gemar meminjam wang dari rakan artis. Menerusi ruangan gosip Cik Bunga, hasil pemerhatian gaya hidupnya pada ketika ini tidaklah menunjukkan dia dalam kategori hidup susah. Malahan, penyanyi itu juga masih kuat untuk menyanyi secara langsung di TikTok setiap malam menandakan Allah Taala masih kurniakan kesihatan yang baik buat dia.
Timbul rasa pelik apabila berita itu sampai di telinga Cik Bunga kerana kebiasaannya orang pinjam duit ini kerana terdesak. Sekali dua tak mengapa, tetapi kalau berkali-kali dengan modus operandi yang sama, orang yang beri pinjam duit itu pun mestilah rasa bengang juga.
Difahamkan, si artis lelaki ini tak habis-habis guna alasan anak sakit demi meraih simpati dan meminjam duit. Bila ditanya anaknya sakit apa, tidak pula dijawab dengan jujur.
Dengarnya, bukan seorang dua artis yang terkena dengan dia ini, ramai juga. Cuma, artis yang beri pinjam duit itu pun tidaklah mahu mencanang pada semua hal buruk sesama artis. Tolong ‘cover’ dan jaga air muka kawan gamaknya.
Namun, harus diingat, kesabaran manusia ini ada hadnya. Tak selamanya orang hendak diamkan perangai buruk individu itu lebih-lebih lagi apabila ditanya bila mahu bayar duit yang dipinjam, si artis lelaki itu terus membisu seribu bahasa.
Tak tahulah sama ada sengaja buat-buat lupa atau hilang ingatan. Tetapi, bayangkanlah, kalau seorang beri dia pinjam RM300, kalau 10 orang, berapa banyak yang dia dapat?
Kalau sentiasa meratib anak sakit sebagai alasan untuk pinjam duit, buatnya anak yang sebenarnya sihat walafiat memang betul-betul jatuh sakit teruk, bukankah tak baik namanya itu?
Kata-kata di mulut ini bagaikan doa. Kalau sebut sentiasa, Tuhan turunkan ujian betul untuk awak, tak ke susah? Bawa-bawalah berubah. Segeralah bayar hutang sekeliling itu. Nak cari makan pun masing-masing dalam satu industri. Esok lusa, bertemu juga. Tak akanlah nak hidup dalam keadaan tak tenang sentiasa, betul tak? Sumber: Utusan |
telracs replied at 6-8-2023 05:21 PM
Meols benci betul kalau gosip cik bunga ni.
Beritahu je la siapa.
Sibuk sungguhlah nak berteka teki. ...
DeLuna85: Phyne ballerz femes tahun bila ...
AnnaSendin replied at 8-8-2023 09:27 AM
Okeyh. Klu:
1. Penyanyi band 90an
2. Aktif di tiktok
anony-mous replied at 7-8-2023 07:47 AM
Sohai ke?? tp sohai pemes early 2000s
dudaberhias replied at 7-8-2023 03:02 AM
clue dia penyanyi berkumpulan dan selalu nyanyi dekat tiktok... pakej anak selalu sakit (kaka syak k ...
telracs replied at 7-8-2023 01:21 AM
Meols benci betul kalau gosip cik bunga ni.
Beritahu je la siapa.
Sibuk sungguhlah nak berteka teki. ...
telracs replied at 7-8-2023 01:21 AM
Meols benci betul kalau gosip cik bunga ni.
Beritahu je la siapa.
Sibuk sungguhlah nak berteka teki. ...
Dolmat replied at 8-8-2023 12:38 PM
Esteeeeeloderrrrr pun tak tertolong muka nek it yg makin mengembang bibir menebal...
dudaberhias replied at 8-8-2023 10:01 AM
choiii... omg dah dapat teka sape kah retis ni?
chuols perasan tak takde sape berani nak teka lag ...
ADVERTISEMENT