Seorang penyanyi tampan, tinggi lampai dan pernah menganggotai kumpulan popular sekitar era 90-an didakwa gemar meminjam wang dari rakan artis.
Menerusi ruangan gosip Cik Bunga, hasil pemerhatian gaya hidupnya pada ketika ini tidaklah menunjukkan dia dalam kategori hidup susah. Malahan, penyanyi itu juga masih kuat untuk menyanyi secara langsung di TikTok setiap malam menandakan Allah Taala masih kurniakan kesihatan yang baik buat dia.
Timbul rasa pelik apabila berita itu sampai di telinga Cik Bunga kerana kebiasaannya orang pinjam duit ini kerana terdesak. Sekali dua tak mengapa, tetapi kalau berkali-kali dengan modus operandi yang sama, orang yang beri pinjam duit itu pun mestilah rasa bengang juga.
Difahamkan, si artis lelaki ini tak habis-habis guna alasan anak sakit demi meraih simpati dan meminjam duit. Bila ditanya anaknya sakit apa, tidak pula dijawab dengan jujur.
Dengarnya, bukan seorang dua artis yang terkena dengan dia ini, ramai juga. Cuma, artis yang beri pinjam duit itu pun tidaklah mahu mencanang pada semua hal buruk sesama artis. Tolong ‘cover’ dan jaga air muka kawan gamaknya.
Namun, harus diingat, kesabaran manusia ini ada hadnya. Tak selamanya orang hendak diamkan perangai buruk individu itu lebih-lebih lagi apabila ditanya bila mahu bayar duit yang dipinjam, si artis lelaki itu terus membisu seribu bahasa.
Tak tahulah sama ada sengaja buat-buat lupa atau hilang ingatan. Tetapi, bayangkanlah, kalau seorang beri dia pinjam RM300, kalau 10 orang, berapa banyak yang dia dapat?
Kalau sentiasa meratib anak sakit sebagai alasan untuk pinjam duit, buatnya anak yang sebenarnya sihat walafiat memang betul-betul jatuh sakit teruk, bukankah tak baik namanya itu?
Kata-kata di mulut ini bagaikan doa. Kalau sebut sentiasa, Tuhan turunkan ujian betul untuk awak, tak ke susah? Bawa-bawalah berubah. Segeralah bayar hutang sekeliling itu. Nak cari makan pun masing-masing dalam satu industri. Esok lusa, bertemu juga. Tak akanlah nak hidup dalam keadaan tak tenang sentiasa, betul tak?
Sumber: Utusan
|