CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Pihak Menuntut, Wang RM353,140 Yang Ditemui Jadi Milik Koperasi

6-8-2023 11:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6246| Komen: 3

Tokyo: Wang tunai berjumlah 10.99 juta yen (RM353,140) yang ditemui di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Shichinohe, Jepun, pada April lalu akan dimasukkan ke akaun pengendali pusat pembuangan tersebut iaitu sebuah kesatuan koperasi, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.


Kesatuan koperasi kawasan Chubu Kamikita sebelum ini melaporkan penemuan wang tunai tersebut pada mesyuarat perhimpunan bandar Shichinohe.


Wang itu kemudian dihantar ke Balai Polis Shichinohe.

Polis kemudian secara terbuka mengumumkan mengenai penemuan wang tunai itu tetapi sepanjang tiga bulan lalu, tidak ada mana-mana individu menuntut wang tersebut.

Ia menyebakan pemilikan wang tunai itu dipindahkan kepada kesatuan koperasi tersebut pada 27 Julai lalu.

Seorang wakil koperasi mengulas dengan berkata: “Kami terkejut bahawa sejumlah besar wang tunai muncul secara tiba-tiba.” – Agensi



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 7-8-2023 08:57 AM
bagusnya.. kalau di Msia ke mana wang tu ye? rasanya tak mungkin kembali ke org yg jumpa.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.118106 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top