CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpedaya 'Cinta Maya' James Huong, Wanita Rugi RM67,650

6-8-2023 10:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5905| Komen: 9

Sibu: Seorang pesara pengasuh taman asuhan, di sini, mengalami kerugian sebanyak RM67,650 akibat dilamun cinta maya dengan seorang lelaki kononnya dari USA.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, berkata, wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50-an itu berkenalan dengan suspek dikenali sebagai James Huong, melalui Facebook sejak pertengahan tahun 2020.



Katanya suspek juga telah memberitahu mangsa yang dirinya bekerja sebagai arkitek dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

Selain itu, beliau berkata suspek juga mengatakan akan datang ke Sibu dan memberikan kata-kata manis dengan berjanji akan mengahwini mangsa.

“Pada 27 Oktober 2022, mangsa telah diminta membayar yuran persekolahan anak suspek di USA atas alasan masih bekerja di pesisir pantai dan tidak dapat balik ke USA.

“Atas rasa cinta, mangsa bersetuju memberikan wang sebanyak RM7,000 kepada suspek dan dijanjikan akan dibayar balik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Selain itu, Zulkipli berkata sekitar Mei 2023, mangsa dijanjikan hadiah berupa wang tunai USD yang akan dipindahkan ke akaun mangsa dan ia membuat mangsa berasa teruja.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang membuat semakan mendapati tiada kemasukan wang seperti yang dijanjikan dan suspek memaklumkan berlaku masalah akaun dan perlu mendapat kebenaran Bank Negara untuk kemasukan mata wang USD, dengan mangsa diminta membuat bayaran untuk membolehkan pindahan wang dilakukan.

Katanya mangsa kemudian menuruti dan telah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam beberapa akaun bank tempatan bermula 11 Mei 2023 sehingga 4 Ogos 2023, berjumlah RM67,650 menerusi 25 kali transaksi.

Zulkipli berkata mangsa merasakan dirinya diperdaya apabila ditegur oleh anak saudaranya, sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam.

Susulan itu, katanya satu kertas siasatan di buka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maroon_nerd 6-8-2023 10:39 PM
Cinta punya pasal sampai jadi bongok. Sangap sangat jantan obesi. Tu ntah simpanan hari tua dia. Habis gitu duit camne? Sapa nak bela ko nanti? Kurang2 ada duit boleh la upah orang.
Quote green~tea 6-8-2023 10:41 PM
Apsal boleh terbuai cinta virtual sampai lagu ni? Dia video call tunjuk konek ke?
Quote Carcosa 6-8-2023 11:29 PM
Muka kau lawa sgt ke, mcm Kate Middleton??
Yg tetiba jantan arkitek kaya drpd US, nmpk profile kau kat FB, terus jatuh hati dkt kau?? Dahla tua, pesara pulak tu. Ada hati ya kau? Lawa sgt ke muka kau, kak oiiiii??? Cubalahhhh jgn berangan, oiiiiuuuuuu. Aku pening lah. Org tua, org tak lawa, org gemok. Ni tiga serangkai ni. Mestiiiii kena love scam. Kenapa wei?? Korang tiga2 ni rasa muka korang lawa mcm Kate Middleton ke? (tanya lagi sekali)
Quote zuuu 7-8-2023 04:02 AM
Hilang rm 67k camtu je,bertabahlah makcik
Quote noor2 7-8-2023 07:43 AM
Aku nak share pasal scammer kantoi...
Quote noor2 7-8-2023 07:46 AM

[youtube]EAKq5ulupyg[/youtube]

NAH..SCAMMER KANTOI...siapa yg biasa dapat call dari scammer mesti familiar dgn suara jantan India scammer ni..
Quote mamajawie 7-8-2023 11:55 AM
tah la ye..scammer makin berleluasa..i buat ig public pastu ada la 2-3x jantan asian dok us/uk nak kenal padahal ig baru buat bulan jun/julai tahun ni..hati2 ye guys kalau sampai dm minta no tel konon nk wsap jgan la melayan
Quote salimrock 7-8-2023 12:44 PM
korang ni syukur lah ada pasangan hidup yg cinta mencintai,

ada manusia yg kesunyian dan kesepian di luarsana

sebab tu la scammer ni pandai amik peluang...


cth dulu ada sorang akak ni, umur dah 55 , tp fefeling dpt pakwe emirati arob , tp aku rasa kita tau apa kah yg terjadi akhrinya...

aku pn pernah dpt email orang britain yg konon bapak british, mak malaysia, nak dtg malaysia nak tgk asal usul, pastu baru 2 -3 kali balas email ckp dia jatuh cinta kt gua...

pigidah,

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.038512 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top