CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sanggup Turunkan Berat Badan Demi Cari Kekasih

6-8-2023 07:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7460| Komen: 26

Hanoi, Vietnam – Seorang wanita dari Vietnam berjaya menurunkan berat badan daripada 102 kilogram (kg) kepada 60 kg dalam tempoh enam bulan, sebelum dia bertemu buat kali pertama dengan lelaki yang dikenalinya di internet, lapor laman berita VnExpress.


Diem Thuy, 30, berkata, dia sentiasa makan apa sahaja yang diingini pada bila-bila sejak kecil, yang menyebabkan berat badannya naik.

Diem Thuy hilang 42 kg dalam masa enam bulan. - Diem Thuy

Apabila dewasa, dia hilang kawalan sepenuhnya terhadap apa yang dia makan.

Keadaan itu berlarutan sehingga dia mengenali Nguyen Viet Dung, yang kini merupakan suaminya, pada 2021.

Menurut Thuy, selepas mereka berdua berjanji untuk bertemu, dia berasa perlu untuk menurunkan berat badan selepas mula berasa letih ketika berjalan. 

Diem Thuy sebelum menurunkan berat badannya. – Diem Thuy


Tambahnya, perkara paling mencabar selepas mengamalkan gaya hidup baharu kini adalah bagaimana dia perlu memaksa dirinya untuk mengikut peraturan diet dan senamannya.

“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang janji temu dengan Dung untuk mengawal selera makan,” katanya.

Meskipun dahulu gemar makan makanan manis, Thuy kini beransur-ansur beralih kepada pemakanan yang lebih sihat. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 6-8-2023 08:07 PM
Pehhh terus hot!! Time gemok tu emm tanak lah sebut takut ada cik ati
Quote airfilterkotor 6-8-2023 08:38 PM
60kg masih nampak bambam.
Kena turun paras 50-55kg.
Quote Selubung 6-8-2023 09:36 PM
Semoga meols jumpa lelaki untuk di cintai buat semangat nak kurus ke kena heartbroken dulu tapi kalau tak couple tak merasa laa heartbroken
Quote sukacactus 6-8-2023 09:43 PM
Selalu tgk org vietnam halus2 je badannya
Beza betul yg ni
Quote rukia2 6-8-2023 10:36 PM
airfilterkotor replied at 6-8-2023 08:38 PM
60kg masih nampak bambam.
Kena turun paras 50-55kg.

Okay la tu banding masa 102kg...comel dah tu
Quote dua_chzy 6-8-2023 10:38 PM
Comel banyak Diem Thuy lepas kuwus. Tahniah!
Quote green~tea 6-8-2023 10:42 PM
Time gemuk tengkuk pun hilang.. skang dah ada tengkuk.. tahniah!!
Quote Carcosa 6-8-2023 11:41 PM
Masa tong drum, ambik gambar dah mcm tortoise.
Bila dah hot kurus, ambik gambar mcm giraffe.
Well done adik manis!
Quote intan244 7-8-2023 02:59 AM
the power of love.
Quote ipes2 7-8-2023 07:33 AM
quite likely 5-10kg dari 60kg itu adalah dari excess skins esp bawah biceps, abdominal apron, dan excess skins over inguinal areas (groins). apron especially, perlu di operate untuk dibuang, kerana ia tidak lagi akan diserap oleh badan biarpun berat sudah turun.

kemungkinan besar dia akan regain 20kg dalam beberapa bulan / setahun dua akan datang kerana beratnya turun dengan terlalu cepat
Quote Tinot7 7-8-2023 09:05 AM
ipes2 replied at 7-8-2023 07:33 AM
quite likely 5-10kg dari 60kg itu adalah dari excess skins esp bawah biceps, abdominal apron, dan ex ...

Harap2 berat dia tak naik la.. lelaki tu kalau terima seadanya, ok la.. tapi kalau hanya suka fizikal minah ni, susah la.. plus, lepaih kawen, takkan dia nak melantak mcm dolu2? Kena la maintain badan sbb nak maintain laki
Quote ipes2 7-8-2023 05:03 PM
Tinot7 replied at 7-8-2023 09:05 AM
Harap2 berat dia tak naik la.. lelaki tu kalau terima seadanya, ok la.. tapi kalau hanya suka fizi ...

Tapi agak drastic berat dia turun tu Tinot ie dlm 6mths je. Nanti hypothalamus dia, metabolism sensors dia semuanya kata "lets save us energy". Itu sbb much better lose 5%-10% weight then maintain fir a while then lose a bit then then maintain and so on.. ini akan membawa pada seamless dan smooth gradual weight loss yg our brain dan internal systems "tak perasan" kita slowly shedding weight.
Quote iraizz 7-8-2023 05:22 PM
Jarang2 dengar orang vietnam gemuk
Quote Tinot7 7-8-2023 06:48 PM
iraizz replied at 7-8-2023 05:22 PM
Jarang2 dengar orang vietnam gemuk

Mmg la sbb carta obes diungguli org mesia..
Quote Tinot7 7-8-2023 06:49 PM
ipes2 replied at 7-8-2023 05:03 PM
Tapi agak drastic berat dia turun tu Tinot ie dlm 6mths je. Nanti hypothalamus dia, metabolism sen ...

Dah dia nak jumpa laki.. kalau tak wat yg drastik, nnt terlepaih laki tu
Quote ipes2 7-8-2023 07:47 PM
Tinot7 replied at 7-8-2023 06:49 PM
Dah dia nak jumpa laki.. kalau tak wat yg drastik, nnt terlepaih laki tu

ha ha betul tu
ini bermakna, dia boleh je jaga badan sebelum ini tapi tak cukup motivation
sebab itu dalam Weight Management Department kita ni, ada psychologists
Quote Tinot7 7-8-2023 10:27 PM
ipes2 replied at 7-8-2023 07:47 PM
ha ha betul tu
ini bermakna, dia boleh je jaga badan sebelum ini tapi tak cukup motivation
sebab i ...

Itu la motivasi dia..

Lain org, lain motivasi deme..
Quote ladybugz 8-8-2023 06:28 AM
im shedding weight jugak tp sbb heart broken n terkena influenza. i lost almost 12 kg for now. terus rasa nk shed jela mana2 lemak yg ada. so it is still on going. ada la hikmah nya juga heartbroken i ni sbb kalau stress i biasanya lg cepat lapar. my motivation now is to look better, to feel better and to discover a whole new me.
Quote ipes2 8-8-2023 07:23 AM
Tinot7 replied at 7-8-2023 10:27 PM
Itu la motivasi dia..

Lain org, lain motivasi deme..

ha ha that is  exactly what i said; prior to this she had no motivation

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.170759 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top