Mogadishu, Somalia – Pelari dari Somalia, Nasra Abubakar Ali, yang menerima kecaman ramai selepas berlari dengan amat perlahan ketika menyertai acara pecut 100 meter tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa kakinya mengalami kecederaan, lapor portal berita Citizen Digital.
Dalam klip video yang tular di media sosial, Nasra dilihat berlari dalam keadaan seperti berjoging ketika bertanding dalam kejohanan Sukan Universiti Dunia di China minggu lalu. Dia menamatkan larian dalam masa 21 saat, hampir dua kali ganda daripada masa dicatatkan juara acara itu, Gabriela Silva Mourao, iaitu 11.58 saat. Selepas menerima kecaman hebat, Nasra menjelaskan bahawa meskipun kakinya mengalami kecederaan, dia tetap komited untuk menamatkan larian tersebut.
“Somalia sepatutnya tidak layak untuk memasuki perlumbaan itu, namun saya tetap berlari dalam keadaan kaki yang sakit. Sebaliknya, saya dikritik hebat,” katanya. Susulan kejadian itu, Kementerian Belia dan Sukan Somalia menggantung tugas Pengerusi Persekutuan Olahraga Somalia, Khadija Aden Dahir selepas dia dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dan nepotisme disebabkan Nasra ialah anak saudaranya. – AGENSI Sumber: Kosmo! Online
|
Belibis replied at 6-8-2023 08:31 PM
Relek dik..rapiji pun banyak auta...tenang jer jawap kat media..yang penting konfiden.
Thunderclouds replied at 6-8-2023 08:19 PM
Sakit kaki tader atlit simpanan ka utk replace?
Xpon forfeit awal² sbb sakit kaki.
Kan dh kecoh gun ...
CiliPadiSedap replied at 6-8-2023 09:18 PM
bila budak tak habis graduate sastera urus tatakelola ekonomi. result ringgit rahmah junammm ...
ADVERTISEMENT