CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan 5 Kena Cekup Disyaki Jadi Tokan Dadah

6-8-2023 07:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6092| Komen: 15

Kota Bharu: Dua lelaki termasuk pelajar Tingkatan Lima yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Taman Sri Kota, Pasir Pekan, Tumpat, dekat sini.

Dalam serbuan pada 31 Julai lalu, polis menemukan 1,060 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM11,660 dalam beg silang serta poket seluar suspek.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dua lelaki berusia 26 dan 17 tahun itu ditahan ketika sedang duduk atas sebuah motosikal di tepi kedai makan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Ketua Rampasan pelbagai jenis dadah berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM939,330.27 dalam serbuan tiga lokasi di tepi jalan di Taman Sri Kota, Pasir Pekan, Tumpat, di Bukit Tuku, Pasir Mas dan Wakaf Bharu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

"Pemeriksaan lanjut dalam beg silang menemui 60 biji pil kuda, manakala dalam poket seluar pelajar itu terdapat sebanyak 1,000 biji pil yang sama dijumpai dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM11,660.


"Suspek berusia 26 tahun adalah penganggur dan memiliki tiga rekod jenayah atas kesalahan dadah, manakala saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua mereka negatif dadah," katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, siasatan juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada pelajar itu terbabit secara langsung atau menerima upah untuk 'menjaga line' ketika urus niaga sedang berlangsung.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan guru bagi mengawasi perubahan tingkah laku anak-anak atau pelajar di sekolah termasuk dari segi perwatakan serta penampilan.

Sementara itu, Muhammad Zaki berkata, dua lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan dan merampas pil kuda sebanyak 60,000 biji dalam sebuah kereta di Bukit Tuku, Pasir Mas.

Menurutnya, tangkapan dibuat pada 6.35 petang Khamis lalu itu membabitkan dua suspek yang juga penganggur berusia 29 dan 30 tahun dengan seorang daripadanya memiliki tujuh rekod jenayah bersabit dadah.

"Mereka direman selama seminggu sehingga 10 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:35 PM
Dia jd tokan jual kt kwn2 sklh ke cemane
Quote sharlenetexas 7-8-2023 06:39 PM
Kuda xde kaki.

Quote hyie 7-8-2023 06:51 PM
kat tempat kerja meols ada sorang gini, jadi supplier at the same time amik barang tu jugak, heshe ex-narapidana la. Camne ye kita nak report kat polis untuk kes2 gini? pergi balai je? atau apa? sebab kat balai pon ada je geng2 depa, so taktau lah nak percaya kat sapa. 3 hari lepas 2 orang geng dia dah kena tangkap, kerja kat kedai makan depan tempat kerja weols je. Adannnnn uke
Quote dua_chzy 7-8-2023 07:37 PM
hyie replied at 7-8-2023 10:51 AM
kat tempat kerja meols ada sorang gini, jadi supplier at the same time amik barang tu jugak, heshe e ...

Mungkin boleh mintak bantuan AADK.
Quote dua_chzy 7-8-2023 07:59 PM
acikonion replied at 7-8-2023 10:35 AM
Dia jd tokan jual kt kwn2 sklh ke cemane

Iya. Ramai bebudak sekolah menengah ni pengguna dadah tegar. Drug lords pun suka. Bisnes takkan putus selagi ada budak skolah. Sebab tu pengedar layak dihukum mati mandatori.
Quote cashewnut 7-8-2023 10:39 PM
Gantung tak pun tembak mati segala yang terkait dengan dadih. Untung gomen. Sita duit reta orang dadih .
Quote hyie 8-8-2023 12:07 AM
dua_chzy replied at 7-8-2023 07:37 PM
Mungkin boleh mintak bantuan AADK.

great idea! tak terfikir pulak. Thanx sis!
Quote silampumeja 8-8-2023 12:52 AM
hyie replied at 7-8-2023 10:51 AM
kat tempat kerja meols ada sorang gini, jadi supplier at the same time amik barang tu jugak, heshe e ...

Boleh pakatdengan AADK kalau kat tmpat kerja. Haritu masa org dia ceramah ckp gitula
Quote hyie 8-8-2023 02:20 AM
silampumeja replied at 8-8-2023 12:52 AM
Boleh pakatdengan AADK kalau kat tmpat kerja. Haritu masa org dia ceramah ckp gitula

Thanks! Diorang ada cerita tak cara2 nak buat report tu? macam kena pegi ke memana pusat AADk pastu bagi details orang tu macam nama, no fon etc gitu. Atau ada cara lain macam thru fon call je ke etc..sebab budak ni kan dia macam bengis sikit la, sekolah pon takat darjah 3 je, kawin cerai, broken family summore, emosi tak stabil plus sejenis panas baran jugak la kalau mood dia tak ok (maybe sebab tak dapat barang kot). Yihhhh rimas plak iols walaupun kengkadang tu dia ok je, tapi most of the time annoying sesangat gitohh
Quote B40tastePosh 8-8-2023 03:31 AM
Melayu Isle Gomo

Musuh Isle DAP.
Quote edayildiz 8-8-2023 05:02 AM
Edited by edayildiz at 8-8-2023 05:04 AM
hyie replied at 7-8-2023 06:51 PM
kat tempat kerja meols ada sorang gini, jadi supplier at the same time amik barang tu jugak, heshe e ...


scary..jgn la cari psl ngn dorg..
ayah kwn i dlu..ayah dia selalu mengadu kt mak i.ank laki tunggal dia hisap dadah..dia try perangkap ank dia..dia nk ank dia kena tangkap sgt..one day tu dia p report la..tp kn  dia selalu terlepas..masa polis dh otw ank dia dah lari dlu
kalau sskjp belah pasir mas neelopa,tumpat hujung hujung sana i was was sikit kalau kaya..done fitnah
Quote noor2 8-8-2023 05:34 AM
Tahniah anak2 kelantan....pandai bisnes..umur 17 dah jd tokan dadah...cer polis check mak ayah budak ni juga...
Quote silampumeja 8-8-2023 08:39 PM
hyie replied at 7-8-2023 06:20 PM
Thanks! Diorang ada cerita tak cara2 nak buat report tu? macam kena pegi ke memana pusat AADk past ...

Hr and pic AADK rasanya. Or else u call tanya dulu mcmna
Quote hyie 9-8-2023 10:33 PM
silampumeja replied at 8-8-2023 08:39 PM
Hr and pic AADK rasanya. Or else u call tanya dulu mcmna

well noted, sis!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.134878 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top