Pelakon Zaki Azeman terpaksa menjual kereta mewah BMW miliknya bagi menampung kos pembedahan yang akan dilakukan pada 14 Ogos ini. Zaki atau Muhammad Zaki Azeman, 29, memberitahu dia bertindak menjual kereta kesayangannya itu sebagai cara mendapatkan wang segera bagi membayar kos pembedahan sebanyak RM30,000.
"Disebabkan nak pakai duit segera jadi saya terpaksa jual kereta... Apa yang penting sekarang adalah nyawa dan kesihatan. "Pembedahan tersebut juga akan dilakukan seorang doktor pakar dari Jepun. Saya menjadi orang Malaysia kedua menggunakan kepakarannya. "Jadi bagi mendapatkan khidmatnya, saya perlu membayar segera kos dan Insya Allah akan menjalani pembedahan itu pada 14 Ogos ini," katanya ketika dihubungi mStar. Aktor itu berkongsi perkara itu sebagai mengulas tindakannya berkongsi foto sedang terlantar di katil hospital selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.
Zaki bagaimanapun enggan mendedahkan penyakit sebenar dideritainya sehingga memerlukan pembedahan namun meminta orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih.
|
lazim replied at 6-8-2023 09:09 PM
Pakai kereta besar mewah berganda dr aku. 30k pon tak ada yah. Bior pape asei bergaye
lotionmilo replied at 6-8-2023 07:18 PM
Dr kat Malaysia takda ke yang pakar? Macam mustahill
Kancilkering: kesian nye…tempat ai org yg s ...
ADVERTISEMENT