CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10382|Reply: 48

Nak Tampung Kos Pembedahan, Zaki Azeman Jual BMW

[Copy link]
Post time 6-8-2023 06:54 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Zaki Azeman terpaksa menjual kereta mewah BMW miliknya bagi menampung kos pembedahan yang akan dilakukan pada 14 Ogos ini.


Zaki atau Muhammad Zaki Azeman, 29, memberitahu dia bertindak menjual kereta kesayangannya itu sebagai cara mendapatkan wang segera bagi membayar kos pembedahan sebanyak RM30,000.






"Disebabkan nak pakai duit segera jadi saya terpaksa jual kereta... Apa yang penting sekarang adalah nyawa dan kesihatan.


"embedahan tersebut juga akan dilakukan seorang doktor pakar dari Jepun. Saya menjadi orang Malaysia kedua menggunakan kepakarannya.


"Jadi bagi mendapatkan khidmatnya, saya perlu membayar segera kos dan Insya Allah akan menjalani pembedahan itu pada 14 Ogos ini," katanya ketika dihubungi mStar.


Aktor itu berkongsi perkara itu sebagai mengulas tindakannya berkongsi foto sedang terlantar di katil hospital selepas melakukan pemeriksaan kesihatan.


Zaki bagaimanapun enggan mendedahkan penyakit sebenar dideritainya sehingga memerlukan pembedahan namun meminta orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih.


  



Namun Zaki hanya memaklumkan dia sudah lama berdepan masalah kesihatan namun tidak menyangka ia kembali menyerang selain doktor mengesahkan ia serius dan perlu melakukan pembedahan.


"Saya sengaja melakukan pemeriksaan baru-baru ini. Tak sangka penyakit lama datang balik dan semakin serius.


"Sebab itu saya perlu lakukan pembedahan atas nasihat doktor. Saya memang tidak pernah berkongsi masalah ini kepada orang ramai. Hanya mohon doa semua," ujarnya.


  



Tambahnya lagi, dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja buat sementara waktu bagi membolehkan dia berehat selepas melakukan pembedahan.


Zaki juga berharap dia akan segera sembuh sebelum masuk ke lokasi penggambaran filem pertama lakonannya.


"Buat masa sekarang saya mahu berehat dahulu. Saya tidak ambil sebarang tawaran kerja sebelum pembedahan. Semoga semua berjalan lancar dan saya akan dapat memulakan penggambaran filem pertama saya nanti," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nye…tempat ai org yg sakit mc hospital leave berkoyan end up dpt surat mss…..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
penat aku baca perkataan pembedahan tu berkali2 dlm artikel tapi langsung tak bagitau sakit apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:46 PM | Show all posts
Nape share gmbr hosp, share kene jual kete, tp x mo share sakit ape?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak.mau share kenapa
Sakit kat kemaluan lah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr kat Malaysia takda ke yang pakar? Macam mustahill
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
'aktor' celah mana laaaa..aku tak perasan ko melintas dalam tivi aku..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan muda belia patut beli insurance kesihatan ye sblm beranak pinak & beli keta import.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kereta besar mewah berganda dr aku. 30k pon tak ada yah. Bior pape asei bergaye
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:18 PM | Show all posts
30k emergency sepatutnya dah menyimpan siap2...
takpela iols husnuzon maybe heols banyak sgt kereta.... jual ler 1
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah dikau dekk??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya jual blk bmw ni x dpt banyak pon
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 6-8-2023 09:09 PM
Pakai kereta besar mewah berganda dr aku. 30k pon tak ada yah. Bior pape asei bergaye

Pun terfikir benda yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo replied at 6-8-2023 07:18 PM
Dr kat Malaysia takda ke yang pakar? Macam mustahill

Kan?
Mesti pembedahan kecik je kalau hosp swasta 30k saja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu kurang kesedaran mengenai medical card?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bmw boleh pakai. Tapi takde saving. Takde medical card / insurans. Mentality budak muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering: kesian nye…tempat ai org yg s ...
bank ke tempat you kerja?. Siannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sembuh dan saving bbyk
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat jugak beliau mampu pakai bmw. Takpelah dik at least awak usaha juga jual harta benda sendiri daripada ambil jalan mudah minta derma dari netizen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah dia nak wang segera jual aset..bukan macam setengah retis tu mintak pemenat derma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.094880 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list