Vokalis kumpulan Floor88, Ayie mencabar individu yang berani membuat gangguan seksual terhadap isterinya iaitu Tasha Awie untuk tampil bersemuka dengannya. Pemilik nama sebenar, Nik Fadlee Elhamshah, 26, berkata, dia ingin bertanya sendiri tentang tujuan individu terbabit berani membuat gangguan itu apatah lagi terhadap wanita bergelar isteri orang.
"Kita sudah biasa mendengar kes ini berlaku termasuk dalam kalangan selebriti tapi apabila ia terjadi kepada isteri sendiri memang buat saya terkejut kerana tindakan itu sangat berani. "Memang perkara ini bukan satu yang boleh diterima tapi saya percaya individu itu ada masalah seperti mental atau kewangan. "Jadi saya terbuka bertemu dengan orang itu dan nak tahu apa masalah sebenar dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Terdahulu Ayie berkongsi paparan perbualan Tasha atau Nur Natasha Ahmad Nawawi, 24, dengan seorang lelaki yang menawarkan wang berjumlah RM2,000 mengajak membuat panggilan video bersama.
Tasha pada awalnya menyangka individu berkenaan menghubunginya atas urusan membeli produk mereka. Dalam pada itu, Ayie berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu itu bertindak di luar batasan. "Saya cakap kepada isteri layankan dahulu nak tengok sejauh mana keberanian dia. "Jika dia berlebihan sehingga hantar gambar kemaluan atau gambar muka, saya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," ujarnya.
|
anony-mous replied at 6-8-2023 10:53 AM
Ada yg ke selera dgn prempuan muka sebesar talam cenggini
HappyGumbira replied at 6-8-2023 10:56 PM
ku nampak cam besau nau muka bini dia. gigih siap gi tgk kat ig. rupanya lakinya yg muka tlebih keci ...
ADVERTISEMENT