CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5041|Reply: 26

Isteri Terima Gangguan Seksual, Sanggup Bayar RM2,000 Ajak 'Video Call', Ayie Floor88 Mahu Bersemuka

[Copy link]
Post time 6-8-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie mencabar individu yang berani membuat gangguan seksual terhadap isterinya iaitu Tasha Awie untuk tampil bersemuka dengannya.


Pemilik nama sebenar, Nik Fadlee Elhamshah, 26, berkata, dia ingin bertanya sendiri tentang tujuan individu terbabit berani membuat gangguan itu apatah lagi terhadap wanita bergelar isteri orang.






"Kita sudah biasa mendengar kes ini berlaku termasuk dalam kalangan selebriti tapi apabila ia terjadi kepada isteri sendiri memang buat saya terkejut kerana tindakan itu sangat berani.


"Memang perkara ini bukan satu yang boleh diterima tapi saya percaya individu itu ada masalah seperti mental atau kewangan.


"Jadi saya terbuka bertemu dengan orang itu dan nak tahu apa masalah sebenar dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.


Terdahulu Ayie berkongsi paparan perbualan Tasha atau Nur Natasha Ahmad Nawawi, 24, dengan seorang lelaki yang menawarkan wang berjumlah RM2,000 mengajak membuat panggilan video bersama.






Tasha pada awalnya menyangka individu berkenaan menghubunginya atas urusan membeli produk mereka.


Dalam pada itu, Ayie berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu itu bertindak di luar batasan.


"Saya cakap kepada isteri layankan dahulu nak tengok sejauh mana keberanian dia.


"Jika dia berlebihan sehingga hantar gambar kemaluan atau gambar muka, saya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," ujarnya.


  



Dalam masa sama, Ayie menasihati orang ramai supaya tidak mudah melakukan perbuatan sebegini kerana ia juga boleh memberi kesan kepada rumah tangga mana-mana pasangan sudah berkahwin.


"Kalau ada yang berani nak buat lebih baik hentikan sebarang tindakan jijik ini. Perkara ini melibatkan rumah tangga orang lain.


"Jangan ambil mudah perkara ini dan jika ada masalah kenalah cari jalan penyelesaian," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut aq tengok gambar dia di atas,apahal ke laut dalam terus imej dia skrg ni???waktu bujang zaman nyanyi lagu road blok hatiku ngan baby shima tu aq tengok handsome je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wat, ade yg selera ke. Da aura bini2 ja rupe wife die
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah halahhhh.. apa yg cuba dibuktikan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg ke selera dgn prempuan muka sebesar talam cenggini
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de taste manusia tu eh nakkan bini kau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
besarnya muka bini dia, dia plak muka kecik lagi la muka bini tu nampak besar
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 6-8-2023 10:53 AM
Ada yg ke selera dgn prempuan muka sebesar talam cenggini

Kalau laki dia selera, ada la tu jantan lain yang taste juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bini die terlebih besar ke die yg terlebih kecik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia ade iras2 adik beradik melvin yg last tu. Ape tah nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ku nampak cam besau nau muka bini dia. gigih siap gi tgk kat ig. rupanya lakinya yg muka tlebih kecik
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
HappyGumbira replied at 6-8-2023 10:56 PM
ku nampak cam besau nau muka bini dia. gigih siap gi tgk kat ig. rupanya lakinya yg muka tlebih keci ...

Mcm si minah yg tuduh nurse gomol anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa punca kuasa dua bagi muka bini kau, adalah muka kau?
Besar dulang Mat, muka bini kau. Dah mcm kakak dgn adik pun iya. Maybe mamat gatal tu ada fetish dulang, tu yg gegeh DM bini ko
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg rjn nau pegi layan scammer buat apa....benda ni dia mcm MO sugar mummy DM org ckp nak offer jd anak ikan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayie tu rangka kecik dan muka pun kurus sgt jadi nampak bini dia gerga. Comel je tasha ni muka mcm mek jannah nick sikit2 muka penuh bak bulan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Amende la pergi layan mende² gini. Gangguan macam ni dari zaman sms henfon nokia 3310 lagi dah ada. Orangnya pun tah siapa². Kau ignore jelah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 08:41 AM | Show all posts
jgn la pakai tank top cenggitu ayie oii...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayie suka yg bam2 gerga agaknya, dia kan keding.. barulah sedap peluk2
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bininya kena duduk sebelah iqbal. Baru nampak balance.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:19 AM | Show all posts
ni pon nak kewcoh kat medsos. pergi je la report kat polis, skmm etc. ko nak apa? nak likes?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072068 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list