Penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam gembira apabila anaknya, Syamsul Yusof meluangkan masa menemani Syaikhul dan Sumayyah menyertai pertandingan hari sukan di sekolah. Yusof, 69, ketika dihubungi berkata, tindakan pengarah itu adalah satu tindakan terbaik dan wajar dilakukan sebagai seorang bapa.
"Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai. "Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku. "Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.
Menurut Yusof, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul agar terus berjaya dalam karier seninya dan tabah menghadapi segala ujian kehidupan yang mendatang. "Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya. "Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri," katanya. Terdahulu, Syamsul, 39, menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya hari ini dilihat menemani dan menyokong dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, yang menyertai pertandingan hari sukan diadakan. Menerusi video itu, bapa dan anak kelihatan begitu gembira, bahagia dan bersemangat. Malah, Syaikhul serta Sumayyah juga berjaya memenangi medal dalam acara sukan yang disertai mereka. Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga berpanjangan. Syamsul sudah bernikah dengan wanita pilihan, Ira Kazar juga anak kepada pelakon Kazar Saisi. Mereka mengumumkan sudah bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu. Sumber: Harian Metro |
tikusmontok replied at 6-8-2023 05:10 PM
Toktin dah bersedia jumpa nantu baru fakbirah alrohingya tu ke?
telracs replied at 6-8-2023 05:14 PM
Siapa yang ambil video sol ni...
Siapa yang editkan tu...
ira_229 replied at 6-8-2023 09:33 AM
Sarah da buat ig story yg ambil foto n video babysitter diaorang.
MatDeghem replied at 6-8-2023 05:32 PM
Sekadar untuk hiburan di petang ahad....
Manusiabesa replied at 6-8-2023 05:12 PM
Kalau dh bapak tu nonstop doa kebaikan utk anak even anak buat onar, bila anak tu nk dpt pengajaran? ...
MatDeghem replied at 6-8-2023 05:32 PM
Sekadar untuk hiburan di petang ahad....
prizadane replied at 6-8-2023 05:59 PM
Rasanya if datin tahu Sol confirm turun sports day budak-budak ni, mesti datin turun juga kan? PS ma ...
ADVERTISEMENT