Penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam gembira apabila anaknya, Syamsul Yusof meluangkan masa menemani Syaikhul dan Sumayyah menyertai pertandingan hari sukan di sekolah.
Yusof, 69, ketika dihubungi berkata, tindakan pengarah itu adalah satu tindakan terbaik dan wajar dilakukan sebagai seorang bapa.
"Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai.
"Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.
"erhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.
Menurut Yusof, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul agar terus berjaya dalam karier seninya dan tabah menghadapi segala ujian kehidupan yang mendatang.
"Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya.
"Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri," katanya.
Terdahulu, Syamsul, 39, menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya hari ini dilihat menemani dan menyokong dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, yang menyertai pertandingan hari sukan diadakan.
Menerusi video itu, bapa dan anak kelihatan begitu gembira, bahagia dan bersemangat. Malah, Syaikhul serta Sumayyah juga berjaya memenangi medal dalam acara sukan yang disertai mereka.
Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga berpanjangan.
Syamsul sudah bernikah dengan wanita pilihan, Ira Kazar juga anak kepada pelakon Kazar Saisi. Mereka mengumumkan sudah bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu.
Post time 6-8-2023 05:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau dh bapak tu nonstop doa kebaikan utk anak even anak buat onar, bila anak tu nk dpt pengajaran? Byk parent silap. 24jam berterusan in direct dgn anak tu xtnjuk marah. Hanya berdoa pd allh. Katanya syg. Syg sgt smpai anak xboleh dijentik..lama2 anak mlmpau. Cuba stop welcoming jntn xguna tu dlm sthun. Biar dia lonely. Endup dia balik cari parent dia. Kena la juga physically tnjuk marah. Aku mmg xbg muka utk pesalah. Salah tetap salah.mmg patut diajar.lgi2 dh conteng arang kt muka bapak,satu malaya tahu
Post time 6-8-2023 05:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Rasanya if datin tahu Sol confirm turun sports day budak-budak ni, mesti datin turun juga kan? PS maybe invite sol awalnya tapi sol macam tentatively accepted the invitation. Yang ada mak PS with maid, PA.
Semoga sumayyah n shaikul membesar dengan baik. Dibesarkan penuh kasih sayang dan ahli keluarga yang sangat positif. Aku bayangkan kalau mak PS tu cam tipikal marhaen, confirm kena berdas-das cacian dari mak PS masa sports day semalam. Tapi mak PS so professional.
Post time 6-8-2023 08:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edisi penyucian sol la ekk
Nampaknya pecah pejabat lagi la pilem dia walau taktau apa manfaatnya pun
Kenapa org malaysia suka sokong pihak yg entah apa2.
Ketaksuban barangkali, baik retis mahupun parti politik
masyaallah cantik jelita Sumayyah...PS berduka masa mengandungkan Sumayyah angkara pelakor tapi Allah bagi Sumayyah rupa paras yg tak jemu mata memandang...