CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Minuman SiHulk Masih Dijual 'Online', Konon Boleh Sembuhkan Pelbagai Penyakit

6-8-2023 04:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4254| Komen: 10

Kuala Lumpur: Air minuman jenama SiHulk yang didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit didapati masih dijual secara dalam talian setakat ini namun aktivitinya tidak aktif.

Tinjauan Harian Metro dagang mendapati penjualan air berkenaan masih berada di dua laman e-dagang dengan seorang peniaga di setiap platform itu.


Bagaimanapun, pemerhatian mendapati peniaga di sebuah platform e-dagang sudah tidak aktif sejak 13 minggu lalu dan hanya ada dua ulasan pelanggan dengan pembelian terakhirnya pada Mac tahun lalu.


TANGKAP layar jualan air SiHulk di platform e-dagang, namun ia dilihat tidak aktif.

Berdasarkan penerangan tertera, air minuman yang dijual sekotak dengan 10 botol berharga RM80 itu menyatakan mempunyai madu yang ditapai bagi mengaktifkan bakteria baik.


Manakala di sebuah lagi platform, air minuman itu didakwa menggunakan bahan organik mengikut nisbah tertentu dan kiraan falak yang mempunyai getaran tinggi frekuensi warna-warna alam yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di premis perniagaan mendapati tiada aktiviti penjualan air itu malah peniaga mengakui tidak mengetahui jenama berkenaan sebelum ini.

Pemilik pasar raya mini dikenali sebagai Adib, 27, dia mengetahui mengenai jenama air berkenaan selepas berita mengenai ajaran sesat itu dilaporkan media dan mengakui sebelum ini dia juga tidak pernah mendengar jenama itu.

Menurutnya, sebagai peniaga, dia tidak menerima air yang ditawarkan pembekal dengan mudah terutama yang mendakwa boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik atau memberi tenaga tambahan kerana bimbang menjejaskan pelanggan.

"Kami tidak menjual air itu, malah mendengar namanya juga tidak pernah dan belum juga pernah muncul di Facebook saya sebelum ini. Apabila media dedahkan baru kami tahu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Penguatkuasaan tegas perlu dilakukan bagi mencegah ia terus dijual di pasaran kerana itu secara tidak langsung menyumbang kepada kumpulan berkenaan yang kita tahu ajaran dibawanya sesat dan kerajaan juga sudah mengeluarkan fatwa," katanya.

Peniaga kedai runcit dikenali Muhammad, 25, berkata, dia juga tidak mengetahui jenama air itu yang turut dikatakan popular ketika pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.

"Selepas mendengar berita mengenai air itu tidak dibenarkan dijual di pasaran, kami mengambil maklum perkara itu dan sebelum ini juga tiada air itu di kedai kami," katanya.

Semalam media melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat aktiviti jualan secara dalam talian minuman kesihatan jenama SiHulk yang mendakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membendung sebarang bentuk pengiklanan produk kesihatan yang tidak sah dan tidak diperakui.

Julai lalu, media melaporkan penutupan aktiviti perniagaan membabitkan kilang air minuman yang dipasarkan kumpulan ajaran sesat SiHulk di Johor Bahru, Johor susulan penarikan sijil halal dan gagal mematuhi piawaian ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-8-2023 05:00 PM
Tak pernah dgq.. ayaqnya rasa apa ni? Masam? Manis?
Quote zuriey 6-8-2023 05:59 PM
Jiran aku ada jual
Rm9 sebotol
Gile btl
Quote glump 6-8-2023 06:24 PM
Madu asli Tak expired..macam mana depa boleh tapi...gula ke buah2an ada gula boleh ditapai
Quote kemaruk 6-8-2023 06:28 PM
Acik2 memang mudah tertipu akan janji2 manis
Quote airfilterkotor 6-8-2023 06:39 PM
Ya ya betul time PKP dulu dia pun sibuk enteprem air dia buleh mengobat virus covid.

Maklomlah, menggunakan bahan organik mengikut nisbah tertentu dan kiraan falak yang mempunyai getaran tinggi frekuensi warna-warna alam yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.

Daa boleh agak la dia ni mai dari kultus mana.
Quote swimswim 6-8-2023 09:33 PM
Buat agama baru semata2 nk jual air claim
Quote Carcosa 7-8-2023 12:31 AM
Rasanya page PW penah up kot, pasal air ni.
Percaya ek, bende2 gini? Kalau air ni boleh sembuhkan byk penyakit, kenapa yg minum tu kekal bodoh?
Quote ctaz 7-8-2023 12:35 AM
ni geng2 timbang kilo tukar kerjaya la ni....
Quote cikatilia 7-8-2023 10:19 AM
zuriey: Jiran aku ada jualRm9 sebotolGile btl

RM9 coca cola dpt 3 botol besho weh.. hahaha
Quote manapBKK 7-8-2024 11:43 PM


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.047542 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top