CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

53kg Ganja Di Enjin Kereta

6-8-2023 04:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3169| Komen: 2

Kubang Pasu: Hampir 53 kilogram (kg) dadah dipercayai ganja tidak sempat diedarkan apabila dua lelaki yang menyeludup dadah berkenaan dari negara jiran dicekup dalam satu serbuan di sebuah pasar raya di Jitra, pada pukul 6.50 petang, Khamis lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin berkata, suspek yang berusia 68 dan 52 tahun itu diberkas ketika leka memindahkan 50 bungkusan dadah itu diparkir kenderaan pasar raya berkenaan.

MOHD. Taufik Maidin (tengah) menunjukkan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup dadah dipercayai ganja dari negara jiran dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra.

“Ketika serbuan kedua-dua suspek yang berasal dari Kangar, Perlis dan Jitra itu sedang memunggahkan ketulan dadah berkenaan yang disembunyikan di bonet hadapan kenderaan jenis Honda jenis CRV.


“Hasil pemeriksaan mendapati 50 ketulan mampat tumbuh-tumbuhan disyaki ganja bernilai RM162,750 disusun di bahagian bonet enjin kenderaan itu dengan beralaskan kertas kotak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Kangar dan Kuala Perlis merampas wang tunai berjumlah RM2,520 serta RM295.30 lagi dalam mata wang Thai Bhat. Turut disita lima kenderaan dengan nilai kesemua berjumlah RM182,815.

“Dadah ini dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang dan jika terlepas dadah itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 200,000 penagih. Kedua-dua suspek yang tidak bekerja dipercayai mendapat upah kurang RM10,000 untuk membawa dadah ini masuk dari negara jiran.

“Modus operandi mereka adalah dengan menyembunyikan dadah itu dalam bonet hadapan kenderaan yang bernombor pendaftaran negara jiran melalui sempadan di ICQS Bukit Kayu Hitam,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 3 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dipercayai menjalankan kegiatan menyeludup ini sejak awal tahun lepas dan suspek yang berusia 68 tahun itu mempunyai rekod jenayah,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:36 PM
Kes dadah is everywhere

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069660 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top