CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Pernah Menoreh Getah Bantu Arwah Ayah Dan Emak – Ahmad Maslan

6-8-2023 03:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2538| Komen: 5

Petaling Jaya: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mengimbau kenangan beliau suatu ketika dulu menoreh getah bagi membantu keluarganya.

Ahmd berkata, selaku anak penoreh getah, pokok getah sentiasa memberi nostalgia dalam jiwa yang sangat mengesankan kepada dirinya.


Tangkap layar rakaman video Ahmad menunjukkan cara menoreh pokok getah yang di muat naik di media sosial beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pontian itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana sentiasa ingat kepada nasib penoreh getah.

“Saya juga pernah menoreh membantu arwah ayah dan arwah emak, kelibat pokok getah di mana juga saya ternampak sentiasa memberi nostalgia.

“Terima kasih Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang sentiasa ingat kepada golongan susah penoreh,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.


Beliau turut berkongsi keratan akhbar bertajuk “Pekebun kecil getah terus terima insentif” dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran berasingan, Ahmad mengucapkan tahniah terhadap manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang dan Kelantan pada 12 Ogos ini..

“Jentera sepadu terus bergerak utk membantu calon. Kerajaan Perpaduan yang mendokong kemajmukan negara.

“Sabah dan Sarawak sentiasa bersama dalam perjuangan Malaysia Madani dengan negeri-negeri yang lain. Terpenting rakyat jadi keutamaan,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:37 PM
Pandainya dia noreh...
Quote sharlenetexas 7-8-2023 06:38 PM
Sekarang sekilo tak sampai dua ringgit nak makan apa?

Quote ninja boy 8-8-2024 10:24 PM
Untunglah, wak pandai memasak pandai menoreh ingat asal usul

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063435 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top