CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cadang Anak Pasang Alat Perancang Hamil, Takut Terlanjur Dengan Kekasih

6-8-2023 03:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2987| Komen: 14

Petaling Jaya: Seorang wanita mencadangkan agar anaknya dipakaikan alat perancang kemahilan agar tidak mengandung luar nikah.

Wanita itu yang juga seorang ibu tunggal tekad membuat keputusan tersebut kerana takut peristiwa hitam menimpanya dahulu berlaku sekali lagi ke atas anak perempuannya.


Gambar hiasan.

Kisah keluarga tersebut dikongsikan semula oleh pegawai perubatan, Dr. Zulfaa di TikTok miliknya.

Menurut Dr. Zulfaa yang bertugas sebagai bidan memberitahu, wanita tersebut mempunyai kerisauan tinggi terhadap anak perempuannya apabila gadis itu sudah mempunyai teman lelaki.

“Seorang ibu tunggal mempunyai anak perempuan yang baru sahaja sambung belajar dan telah mempunyai kekasih.

“Menjadi kerisauan si ibu, dia takut anak gadisnya mengalami hal sama sepertinya dahulu iaitu terlanjur dengan kekasih sebelum berkahwin dan bercadang untuk memasang alat perancang kehamilan untuk anaknya supaya dapat elak dari mengandung luar nikah,” kongsinya.


Bagaimanapun, Dr. Zulfaa menasihatkan wanita itu untuk memperbaiki dan menjaga hubungan komunikasi dengan anaknya supaya gadis tersebut mampu berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu tidak diingini.

“Tidak perlu sampai pakai alat pencegah, cukup sentiasa berkomunikasi dengan anak, tahu masalah mereka, jadi ibu ayah juga tidak terlalu risau dan fikir bukan-bukan pada anak,” cadangnya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-8-2023 05:18 PM
Sbb dolu2 dia cenggitu.. so dia risau..

“Menjadi kerisauan si ibu, dia takut anak gadisnya mengalami hal sama sepertinya dahulu iaitu terlanjur dengan kekasih sebelum berkahwin dan bercadang untuk memasang alat perancang kehamilan untuk anaknya supaya dapat elak dari mengandung luar nikah,” kongsinya.
Quote sharlenetexas 6-8-2023 05:21 PM
Asalkan tak buang baby.


Quote Ayda89 6-8-2023 11:41 PM
Sian acik. Peristiwa silam menghantui sampai bila2
Quote nolya 7-8-2023 12:03 AM
So si ibu redha jika anaknya berzina ttpi tak rela ngandung luar nikah.  Eemmm, boleh mengundang soalan tanggung, tapi tak apelah, jgn ditanya.
Quote intan244 7-8-2023 12:16 AM
muslim ke x mak nya tu.
Quote edayildiz 7-8-2023 12:31 AM
pasang je la doc utk puaskan hatinya..nnti dperession pulak emaknyaa dk fikir risau ank termengandung

baik dia larang ank dia jgn berbf jer lg jimat duit
Quote Carcosa 7-8-2023 12:58 AM
Edited by Carcosa at 7-8-2023 12:59 AM

Kesian jgk dkt mak tu
Yelah, kau nak larang cemana, budak zaman skrg hoiiii. Jgn kata zaman skrg, zaman time kita, zaman dulu2 pun, susah nak control baik anak lelaki, anak perempuan. Dah ada bf gf tu, cemanaaaa lah kita nak pantau 24jam? Ibu tunggal la plk lagi, mestilah kena kerja saradiri. Anak dia nak sambung belajar, maybe umur2 pra-U lah kot. Dah besar lah, cemana nak kongkong? Doctor nasihat perbaiki dan jaga hubungan komunikasi dgn anak, gitu je?? Doctor ni hidup zaman batu ke? Sebaik2 mana pun anak kita dgn kita, ingat semua dia nak kasitau kita?? Kerat jari laaa
Apa2 pun, meols doakan agar ibu ni tabah and pray for the best. Harap anak girl dia tak termengandung. Meols ada soft spot dgn mak ni, taktau knp
Quote Tunan 7-8-2023 12:58 AM
nolya replied at 7-8-2023 12:03 AM
So si ibu redha jika anaknya berzina ttpi tak rela ngandung luar nikah.  Eemmm, boleh mengundang soa ...

Dia tau ank dia mcmmana agknya
Dah hlg pun sama je
Quote nolya 7-8-2023 01:34 AM
Pepatah Melayu mengatakan lebih mudah menjaga lembu sekandang drp anak gadis seorang. Itu sebab didikan agama itu sangat penting diberikan kpd anak2, buka setakat belajar aje tetapi harus tekankan sifat malu dn taqwa kpd Allah swt.

Kalimah 'Wa la taqrabuz zina' kena difahamka kpd anak2.  Selain ianya berdosa besar,   akibah/konsekuesusnya sangat2 merugikan. Wanita hanya jadi mainan lelaki atau dia  jadi hamba kpd tuntutan syahwat sediri. Berbekalkan alat mencegah hamil, kehamilan boleh dibendung dan zina jadi kelaziman. Aib dgn manusia boleh ditutupi sementara aib  dgn Allah, hanya Allah yg tau. Adakah begitu?
Quote cikatilia 7-8-2023 10:19 AM
alahai.. suka2 aje masuk benda tu.. kalau period heavy nah kau meluncur dia keluar tup2 pregs jua
Quote midori888 7-8-2023 10:26 AM
kalau anak masih dara bole pasang ke?
Quote kakikuDibibirmu 7-8-2023 10:28 AM
Quote babelina 7-8-2023 03:26 PM
skrg nie mmg mcm2 hal..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top