CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letupan Gudang Simpan Mercun, Bunga Api: Pasangan Suami Isteri Serah Diri

6-8-2023 03:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1889| Komen: 5

Songkhla (Selatan Thailand): Sepasang suami isteri warga Thailand iaitu pemilik gudang penyimpanan mercun dan bunga api yang meletup di Mundok, Sungai Kolok, Narathiwat ditahan polis selepas menyerah diri pada Sabtu (5 Ogos).


Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb berkata kedua-dua individu berusia 42 tahun itu menyerah diri kepada Polis Malaysia semalam sebelum diserahkan kepada Polis Thailand di Sadao pada 1.30 petang (waktu tempatan) dan tiba di Balai Polis Mundok pada 9 malam untuk disoal siasat.


"Mereka berdepan empat pertuduhan termasuk kecuaian sehingga menyebabkan kematian, mengimport dan menjual bunga api dan mercun berbahaya tanpa permit, mengubahsuai bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dan melanggar undang-undang darurat di Selatan Thailand," katanya pada satu sidang media di sini.

Sebelum ini, Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu berkenaan dan memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mereka setelah melarikan diri ke negara ini.


Pada 29 Julai lalu, seramai 11 orang maut , manakala 300 cedera dalam insiden letupan di gudang berkenaan.

Statistik Pejabat Wilayah Narathiwat menunjukkan 681 premis termasuk rumah, kedai dan sekolah musnah dan mengalami kerosakan dalam insiden pada 3.05 petang (waktu tempatan).

Selain itu, 41 kenderaan dan 27 motosikal turut musnah manakala lebih 3,000 penduduk terjejas.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-8-2023 03:23 PM
Betul ke Gudang untuk jual ..atau memang puak pemisah.
Quote hayrin86 6-8-2023 04:32 PM
Lebih baik jangan ada kilang mercun..
Quote Jajabeans 6-8-2023 07:08 PM
B40tastePosh replied at 6-8-2023 03:23 PM
Betul ke Gudang untuk jual ..atau memang puak pemisah.

Betul gudang. Katanya tempat ni tak asing buat peniaga2 mercun amik stock mercun dari Thailand.
Quote airfilterkotor 6-8-2023 08:43 PM
Tengok vids, banyak umah yg lokasi jauh² sikit atap gentingnya berterabur atas jalan.
Kompem shockwave kuat.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070634 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top