CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Kongsi Gelap, Calon PN Buat Laporan Polis

6-8-2023 03:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1892| Komen: 7

Jempol: "Bila masa saya jadi ahli kongsi gelap!" kata calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram Padang Datuk Seri S Surash menafikan dakwaan dirinya terbabit dalam aktiviti kongsi gelap.


Surash menyifatkan tuduhan yang dilontarkan melalui rakaman video itu bertujuan mengganggu kempennya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.


"Banyak yang tidak betul dalam video itu...pasal pendidikan saya, isu mengenai wang dan kereta saya miliki....itu semua tidak benar kerana jika saya buat jahat, saya percaya polis sentiasa ada memantau saya.

"Mereka tahu siapa saya sebenarnya, lagipun sebelum jadi calon dan menerima watikah calon sudah perlu menjalani proses saringan termasuk dengan polis, namun masih lagi ada orang hantar (fitnah) yang buruk, bukan sahaja kata saya terbabit kongsi gelap tetapi menyentuh peribadi," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau memaklumkan sudah membuat laporan polis berkaitan video tular yang memburukkan namanya itu.

Surash membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada 10.53 pagi tadi diiringi oleh jentera pilihan raya PN Dunn Jeram Padang.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video berdurasi empat minit 12 saat yang tular memaparkan kandungan mendakwa Surash mempunyai tatu disyaki ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap, selain sering memakai pakaian berjenama dan kereta mewah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:37 PM
Mcm2 hal la prn ni. Ntah mana btl mana slh
Quote jalfa 7-8-2023 06:59 PM
Biasa kalau pokok bergoyang tu bethollll
Quote Nurdianah 12-8-2023 12:49 PM
Ingatkan Bangla…

Quote nw111 12-8-2023 01:20 PM
Dlm edisi siasat habis kena londeh semua...aku agak admin edisi siasat tu polis
Quote TOPwind 12-8-2023 01:41 PM
tengok muka memang ada gaya

Quote otai_g 12-8-2023 02:11 PM
Kalo btl join kongsi gelap lps tu mengaku di public sia2 kena angkut dek polis

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.121830 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top