CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan Tayar Kereta Pecah

6-8-2023 02:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6075| Komen: 76

Seremban: Dua beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 276.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan dekat Nilai di sini malam tadi.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam itu mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemandu kereta Perodua Kancil maut di lokasi kejadian manakala bayi lelakinya maut pada pukul 7.40 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

KEMALANGAN MAUT melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 276.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan dekat Nilai di sini malam tadi.

“Isteri mangsa berusia 27 tahun serta seorang lagi anak mereka berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

“Kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki empat beranak itu dan dua buah Perodua Myvi,” katanya kepada media di sini hari ini.


Abdul Malik berkata, hasil siasatan awal mendapati Perodua Kancil itu sedang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka kemudian apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kenderaan tersebut disyaki telah pecah menyebabkan kereta hilang kawalan.

“Perodua Kancil itu telah melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan jalan.

“Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan telah melanggar kereta Perodua Kancil tersebut dan sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di lorong kedua,” katanya.

Menurut Abdul Malik, kemalangan menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil maut iaitu bapa dan bayi lelakinya manakala isteri dan seorang lagi anak mereka berusia lima tahun cedera parah.

“Tiga pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 6-8-2023 05:09 PM
Takziah kpd keluarga..
Quote green~tea 6-8-2023 05:41 PM
Takde duit nak tukar tayar baru ke..

Benda safety ni jangan pandang remeh
Quote imanjannah 6-8-2023 06:01 PM
innalillahwainnalillahirojiun..
Quote airfilterkotor 6-8-2023 06:27 PM
green~tea replied at 6-8-2023 05:41 PM
Takde duit nak tukar tayar baru ke..

Benda safety ni jangan pandang remeh

Dalam pic tu tayar nampak macam tidak kurang dari 60% bunga.

Kepuncaan:
Samada selalu hard braking atau tak jaga tekanan tayar atau tayar dah melebihi sekian² usia (rolling atas jalan) walopun bunganya masih banyak.
Dan memungkinkan tayar boleh membengkak.
Quote gigahertz 6-8-2023 08:20 PM
green~tea replied at 6-8-2023 09:41 AM
Takde duit nak tukar tayar baru ke..

Benda safety ni jangan pandang remeh

Pakai tayar second la tu.
Kereta dah jimat. Maintanance pun habis di jimatnya
Selagi boleh pakai dia pakai.
Quote da_lynn 6-8-2023 08:39 PM
Edited by da_lynn at 6-8-2023 08:41 PM

I baca komen, driver yg meninggal tu owner workshop, kereta kancil dia pun katanya dah tukar engine turbo. Baca komen ada yg kata engine dia yg meletup, ada yg kata tayar.

Owner dashcam tu pun speed limit kereta dia dah cecah 150km/h, just imagine berapa laju pulak kancil tu.
Quote ultra78 6-8-2023 09:13 PM
Di dashcam kereta belakang tunjuk speed 170km/j. Laju betul kereta kancil atas highway. Kereta kancil ni kan keranda bergerak

Quote Jitu 6-8-2023 09:18 PM
Takziah

mcm mana blh meletup tu tengok tayar mcm tebal lg
Quote CiliPadiSedap 6-8-2023 09:23 PM
hmm teringat accident dulu. elak babi terjun lori
Quote Jitu 6-8-2023 09:26 PM
green~tea replied at 6-8-2023 05:41 PM
Takde duit nak tukar tayar baru ke..

Benda safety ni jangan pandang remeh

sy pun tak tukar lg
tayar baru tp habis botak sbb kedai alignment tak pandai
rugi je tayar baru pakai setahun
mmg tak pergi dah kedai tu

duit pulak kurang la ni
guna je la dulu sementara
tp sy beringat mmg tak bawak laju la
habis2 pun dlm 100 km/h je
mujur wira ni tebal lg tayar
klu tak pening jugak nak tukar tayar dua2 kereta


Quote Firenzza 6-8-2023 09:31 PM
ultra78 replied at 6-8-2023 09:13 PM
Di dashcam kereta belakang tunjuk speed 170km/j. Laju betul kereta kancil atas highway. Kereta kanci ...

Wpun dia pomen pastu bwk kancil, itu bkn alasan dia nk speeding kt hiway tmbh2 bawak 2 nyawa lain. Iols kdg2 skeptikal juga bila myvi kdg2 axia gb x menahan beza pun lap lip lampu kt blkg
Quote sukacactus 6-8-2023 09:44 PM
Dengan ank kecik pun gigih nak speeding ke
Quote ninja boy 6-8-2023 10:07 PM
Sblm balik kerja tgk tayar ok or not, ada staff bbnu suka pancit tayar sana sini ada masalah sikit pancit tayar org lain masalah sikit provoke menganjing sudahnya eksiden pakai tongkat ingatkan kudung kaki rupanya tak, kena sumpahan owner keta pekedai tayar tukang repair
Quote nuralisa 6-8-2023 10:29 PM
Kann .. dashcam belakang dia pun bukan main speeding .. smpai 170 .. bayangkan kancil tu brp speed ..
Quote tungkai 6-8-2023 10:39 PM
Kancil bawak 170...??
Quote jari10 6-8-2023 10:59 PM
Firenzza replied at 6-8-2023 09:31 PM
Wpun dia pomen pastu bwk kancil, itu bkn alasan dia nk speeding kt hiway tmbh2 bawak 2 nyawa lain. ...

3 nyawa.. wife n 2 anak
Quote hareeeesah 6-8-2023 11:23 PM
Tgk video kat xwitter kancil ni mmg laju giler.. kesian isteri dia, sedar ² tinggal berdua je. & xpsl dh langgar cedera org lain.
Quote MissVixen 6-8-2023 11:45 PM
Nak kata bodoh, kerja dah sebagai pomen. Badan kancil tu ringan macam tin milo. Tak perlu ubah2 pasang turbo, pakai tayar besar etc. Pakai je standard. Engineers apa tu dah uji apa yang selamat dan sesuai untuk kereta tu.
Bawak 100 pun dah rasa kancil melayang dan tak stabil. Sanggup pulak kau pecut gila2 dengan ada anak kecik dan bini. Memang sejenis manusia selfish. Kesian betul la bini dia kehilangan anak sebab suami bodoh dan pentingkan diri. Kalau diri tak kuat, boleh jadi gila.
Quote green~tea 7-8-2023 12:18 AM
da_lynn replied at 6-8-2023 08:39 PM
I baca komen, driver yg meninggal tu owner workshop, kereta kancil dia pun katanya dah tukar engine  ...

Mak datokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Kancil turbo kaa rupanya.. bodoh babi sial... bawak anak2 bini naik kereta lagu tu pstu ko merempit.. celaka punya jantan

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.087710 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top