Pelakon, Adeline Tsen menafikan dakwaan yang mengatakan dia tidak lagi aktif dalam bidang seni kerana jarang muncul di kaca televisyen mahu pun layar perak. Kata aktres itu, tahun ini dia bakal muncul dengan tiga buah filem iaitu Speed Boh, Hujan Merah dan sebuah lagi naskhah yang belum mempunyai judul.
“Saya masih aktif dalam bidang seni, tidak bersara dan tidak hilang ke mana-mana. Cuma selepas 10 tahun menjadi pelakon, sekarang saya lebih memilih. “Memang saya akui, saya sudah jarang berlakon drama kerana lebih memberi tumpuan kepada filem. Saya bermula dengan filem, jadi sekarang ini fokus saya adalah filem,” kata wanita kelahiran Kota Belud, Sabah itu lagi. Berbicara lanjut tentang kariernya sebagai pempengaruh media sosial, pemilik nama sebenar Adeline Anthony Primus Tsen yang memiliki 903,000 pengikut Instagram mengakui tidak pernah terfikir untuk memberi komitmen secara serius dalam bidang pencipta kandungan.
Masih segar dalam ingatannya sekitar empat tahun lalu, ketika peluang terjun ke dunia konten digital dan pengurusan bakat bergolek datang kepadanya.
|
ADVERTISEMENT