CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ajak Wanita Seks, Balasan Tolong Tangkap Ular

6-8-2023 11:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3602| Komen: 15

Bangkok: Seorang wanita di Thailand menjadi mangsa gangguan seksual lelaki yang mengajaknya melakukan seks sebagai balasan untuk menangkap ular.

Portal Thaiger melaporkan, lelaki itu didakwa menyamar sebagai anggota penyelamat dari Perbandaran Daan Samrong dan kononnya mahu membantu mangsa.


Hakikatnya, lelaki itu ada agenda tersembunyi dan muslihatnya terbongkar apabila membuat permintaan mengejutkan iaitu seks sebagai balasan untuk 'jasa' nya.


Disebabkan takut dan bimbang akan keselamatannya, mangsa segera ke Balai Polis Samrong Nuea pada 3 Ogos lalu untuk membuat aduan.

Wanita berkenaan turut menyerahkan tangkap layar perbualannya dengan lelaki itu kepada polis sebagai bukti.

Menurut rekod, mangsa ternampak ular di dalam rumahnya dan mendapatkan bantuan dengan menghubungi talian hotline 1677 pada 2 Ogos lalu.

Tiga individu dari Perbandaran Daan Samrong kemudian tiba di rumah wanita itu untuk menyelamatkan mangsa daripada ancaman reptilia berkenaan.


Selain mereka, sekumpulan remaja dipercayai sukarelawan penyelamat turut menyertai misi menangkap ular berkenaan.

Bagaimanapun, usaha mereka tidak berhasil dan mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bell pada hari sama mendakwa dirinya ketua pasukan penyelamat.

Oleh kerana Bell membuat permintaan tidak senonoh sebagai balasan, mangsa bertekad ke pejabat keselamatan bagi mengenalpasti identiti lelaki berkenaan namun tiada dalam rekod.

Bell juga dikatakan berterusan mengganggu mangsa melalui mesej di aplikasi LINE dan memaklumkan dia tahu tempat tinggal wanita berkenaan selain menghantar gambar lucah.

Tidak tahan dengan gangguan diterima, wanita berkenaan mengambil tangkapan skrin sebagai bukti sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 6-8-2023 12:30 PM
Nak elak ular tedung dpt ular kudung
Quote Decaffeinated 6-8-2023 03:01 PM
Tapi ular ko tak sunat kan dek

Quote Skuau 6-8-2023 03:06 PM
Firenzza replied at 6-8-2023 12:30 PM
Nak elak ular tedung dpt ular kudung

tangkap saja ulaunya...itu.
Quote Tinot7 6-8-2023 05:15 PM
Firenzza replied at 6-8-2023 12:30 PM
Nak elak ular tedung dpt ular kudung

Ulaq kudung?

Kali pertama dgq!

Quote ninja boy 6-8-2023 05:24 PM
Ambil kapak tetak ular panjang dan ular pendek
Quote AbukRokok 6-8-2023 06:16 PM
Saya dah tgkap itu ular manyak panjang
Sikalang ini ular manyak pendek siapa mau tangkap?
Quote sukacactus 6-8-2023 09:57 PM
Penangkap ular minta ularnya ditangkap
Quote KamikuP 7-8-2023 09:41 AM
Ular lesap yg menanti ulaq dlm seluaq.. ekekek
Quote rospinki 7-8-2023 09:43 AM
hahaha kelakar pulak..sinonim dgn ular lagi satu
Quote tikusmontok 7-8-2023 09:59 AM
Firenzza replied at 6-8-2023 12:30 PM
Nak elak ular tedung dpt ular kudung

Ni lawak
Quote kemaruk 7-8-2023 10:00 AM
bagi je la

susah2 dia tangkap ular tu
Quote grouper 7-8-2023 10:10 AM
Mesti hodoh kan.....cuba hensem
Quote sranua 7-8-2023 11:38 AM
Ha2..kelakar betul la komen ampa. Bahagia hidup mcm ni.
Quote ChildrenOfBodom 7-8-2023 11:52 AM
Tangkap Tedung selar dapat Tedung Seluar

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top