Kota Bharu: Pasukan bomba mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan mayat tiga beranak yang tersepit selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang di Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, malam tadi.
Suasana menyelubungi kawasan kemalangan selepas mendapati wanita yang maut ditemui dalam keadaan sedang meriba anaknya berusia lima tahun di tempat duduk hadapan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Roslan Omar berkata, bomba mengambil masa dua jam setengah untuk keseluruhan operasi termasuk mengeluarkan mangsa, memotong pokok dan kerja-kerja pembersihan membabitkan 10 anggota, satu jentera dan dua jengkaut. "Difahamkan wanita itu juga sedang mengandung, selepas mengeluarkan mangsa, kita dapati ketiga-ketiganya sudah meninggal dunia.
"Pokok yang menghempap dua kenderaan itu adalah setinggi 50 meter dan sebesar dua pemeluk tumbang akibat ribut dan hujan lebat," katanya ketika ditemui di sini. Dalam kejadian itu, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40, suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5 yang menaiki kereta Nissan Sentra meninggal dunia di tempat kejadian. Dua anak lain, Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9 yang berada di tempat duduk belakang cedera dan dibawa ke Hospital Machang. Sementara, pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta Honda City, Shamsiemon Mukhtar, 53 bersama isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52 dan tiga anak, Muhammad Aliff, 26; Muhammad Aiman, 23 dan Isyatul Amalin, 20 terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohd Roslan berkata, operasi turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Bahagian Trafik Balai Kok Lanas, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang ramai yang membantu memotong dan mengalihkan potongan pokok. Mayat ketiga mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 6-8-2023 02:59 PM
Ni contoh kemalangan babi yang kalau akak la si mati tu, akak akan bitter takleh terima kenyataan ma ...
green~tea replied at 6-8-2023 03:50 PM
Buleh tak saman majlis bandaran tak menten keselamatan pengguna jalanraya? Sah2 lee dahan pokok tu ...
dua_chzy replied at 6-8-2023 02:59 PM
Ni contoh kemalangan babi yang kalau akak la si mati tu, akak akan bitter takleh terima kenyataan ma ...
Miss_LoveLeen replied at 6-8-2023 03:48 PM
Kesian anak yg berdua di belakang jadi yatim piatu. Meolss sedih bila baca berita2 cenggini. Terus t ...
Triple_8 replied at 6-8-2023 04:47 PM
Bukan dahan pokok. Pokok sebatang saiz balak. Saya lalu situ semalam.
Miss_LoveLeen replied at 6-8-2023 03:48 PM
Kesian anak yg berdua di belakang jadi yatim piatu. Meolss sedih bila baca berita2 cenggini. Terus t ...
Tinot7 replied at 6-8-2023 08:57 AM
Kalau bitter, kembali sbg antu ka apa nnt?
Bila dah ke alam lagi satu, masih ingat ka last memori ...
Tinot7 replied at 6-8-2023 08:57 AM
Kalau bitter, kembali sbg antu ka apa nnt?
Bila dah ke alam lagi satu, masih ingat ka last memori ...
ADVERTISEMENT