CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Dadah Sembunyi 3 Jam Dalam Semak, Elak Kena Cekup

6-8-2023 11:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2457| Komen: 2

Kota Kinabalu: Tindakan seorang penagih melarikan diri sebelum bersembunyi dalam semak selama tiga jam, gagal apabila dicekup polis dalam Ops Sarang Bersepadu, semalam.

Operasi bermula kira-kira 4 pagi itu, di kawasan setinggan di Kampung Lembaga Padi dan Kandang Ayam, Inanam.


Suspek pada mulanya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak sebaik menyedari kehadiran pasukan polis di Kampung Lembaga Padi.

POLIS menahan penagih yang bersembunyi di kawasan semak di Kampung Lembaga Padi, Inanam. FOTO Ihsan Polis

Helah suspek bagaimanapun berjaya dikesan polis menjelang siang selepas pasukan serbuan mengepung kawasan semak sebelum menahan suspek yang didapati positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek adalah antara 11 individu yang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

"Ops Bersepadu ini di adakan bagi membanteras kegiatan penagihan dadah, selain memastikan masyarakat setempat rasa selamat dari unsur jenayah pecah rumah atau jenayah lain," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan serbuan menghadapi cabaran menjalankan operasi di kawasan setinggan dengan keadaan rumah yang tidak tersusun termasuk di kawasan yang mempunyai sambungan wayar elektrik haram yang boleh mengancam nyawa.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 7-8-2023 06:38 PM
Patut biar lama sikit...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.274447 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top