Oleh : TS LOO Pernah tak terfikir, apabila ibu bapa berada dalam peringkat umur tua, dan ketika itu anda pula tiada di sisi mereka, mereka rasa sepi tak?
Di England, seorang pegawai muda bernama Stu Ockwell menerima panggilan kecemasan dari sepasang suami isteri tua yang memohon bantuan menerusi nombor talian 999. Stu bimbang kedua orang tua tersebut mungkin mengalami kecederaan akibat tiada orang menjaga, justeru pun bergegas ke rumah mereka untuk meninjau keadaan sebenar. Tetapi selepas itu barulah mendapati kedua warga emas itu tiada apa-apa terjadi ke atas mereka, sebenarnya kehidupan mereka terlalu sepi, hanya nak mencari orang untuk sembang dengan mereka.
sumber foto : internet Pasangan warga emas tersebut adalah Fred Thomson dan Doris Thomson, umur mereka berdua telah mencecah 95 tahun. Fred bermasalah penglihatan, sepanjang masa perlu jagaan isterinya. Setelah meneliti situasi, Stu tidak meninggalkan mereka. Sebaliknya bukan sahaja membancuh teh panas untuk kedua-dua waraga tua, malah duduk menemani sambil sembang dengan mereka. Selepas itu, Stu menerusi akaun twitternya mencatatkan kisah pasangan suami isteri tua yang membuat panggilan talian kecemasan 999 untuk memohon bantuan akibat kesepian yang dihadapi. "Selain membancuh teh dan teman sambil sembang dengan mereka, apa lagi yang boleh kami lakukan?" "Kedua orang tua beritahu saya mengenai pengalaman mereka ketika zaman peperangan." Stu turut menyebut bukan mudah Doris seorang diri menjaga Fred. "Kesihatan dirinya juga bermasalah." Menurut Stu lagi, walaupun jiran tetangga membantu pasangan suami isteri tua itu, tetapi mereka tetap memerlukan lebih perhatian. Status yang dimuatnaik Stu tersebut disambut baik ramai netizen dan rata-rata memberi pujian buat Stu termasuk media tempatan turut giat membuat liputan mengenainya. Ketika ditemubual oleh ITV News, Fred mengatakan amat bersyukur ke atas usaha yang dilakukan oleh Stu. "Dapat mencari orang untuk bersembang, adalah satu perubahan yang cukup bagus." " Bila mengetahui ada orang ingin membantu saya, sembang dengan saya, saya sangat gembira, sebab semakin meningkat umur, awak akan rmeasa semakin sepi" Menurut Fred, bantuan Stu membuatkan dirinya mempunyai perasaan 'kekeluargaan'.- CARI Infonet |
17
Bagus |
17
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
suriamir replied at 14-11-2015 12:04 AM
Macamana laa aku nanti sekiranya ditakdirkan Tuhan panjang umur macam kapel ni? Adakah aku juga akan ...
Artemesiaa replied at 13-11-2015 05:21 PM
Kesiannya kadang anak ramai pun belum tentu dapat menghilangkan rasa sunyi nak2 kalau anak2 duduk as ...
suriamir replied at 14-11-2015 12:04 AM
Macamana laa aku nanti sekiranya ditakdirkan Tuhan panjang umur macam kapel ni? Adakah aku juga akan ...
batmana replied at 17-11-2015 12:52 PM
suh asben kawin 4,
nescaya tk sepi rumah tu..
ADVERTISEMENT