CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Batal Kahwin Selepas Ibu Diherdik Bakal Isteri

5-8-2023 09:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7926| Komen: 11

Jakarta: Seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan nekad membatalkan perkahwinan sehari sebelum akad nikah selepas ibunya diherdik oleh bakal isterinya sendiri, lapor laman berita Suara.com semalam.


Video menceritakan kisah itu dikongsi dalam akaun Instagram @pembasmikehaluan.reall. 

Gambar hiasan

Menjelang perkahwinan, pelbagai kelengkapan sudah disediakan oleh pihak keluarga pengantin lelaki bernama Anjas Setiawan itu termasuk mahar dan hadiah lain.

“Mas kahwin 35 juta rupiah (RM10,521), emas, dodol, wajik dan hantaran 10 juta rupiah (RM3,006),” demikian kenyataan pengulas dalam video itu.

Bagaimanapun, bakal isteri Anjas merasa wang yang diberikan masih tidak mencukupi dan meminta tambahan 6.7 juta rupiah (RM2,104) untuk membayar kos sewa khemah.

Anjas bersetuju dengan permintaan itu namun hanya mampu menyediakan 6 juta rupiah (RM1,803). Bakal isterinya menolak walaupun wang itu hanya kurang sedikit.


“Bukan sahaja menolak, wanita itu urut menjerit kepada bakal mentuanya sehingga membuatkan Anjas nekad membatalkan perkahwinan itu,” tambahnya.

Anjas sendiri mengesahkan dia membuat keputusan itu kerana tidak rela melihat ibunya diherdik oleh wanita yang sepatutnya menjadi isterinya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:23 PM
Keputusan yang tepat
Quote Atata 5-8-2023 10:27 PM
Mesti pompuan tu pasni lari ke malaysia caras laki majikan plak
Quote tikusmontok 6-8-2023 12:11 AM
Atata replied at 5-8-2023 10:27 PM
Mesti pompuan tu pasni lari ke malaysia caras laki majikan plak


Adoiii baru nak tulis
Quote zuuu 6-8-2023 04:26 AM
Keputusan yg bijak,dh nmpak masalah di kemudian hari kenapa nak teruskan,baik putuskan terus je
Quote diknaz 6-8-2023 08:42 AM
belum ape dah nak herdik, ape punya perangaila
Quote B40tastePosh 6-8-2023 08:45 AM
Emang kenapa bunda? Kamu iri ya? - Friska
Quote Atata 6-8-2023 10:39 AM
tikusmontok replied at 6-8-2023 12:11 AM
Adoiii baru nak tulis




Quote Tinot7 6-8-2023 11:08 AM
@Friska

Mohon pencerahan
Quote JunkMail 6-8-2023 01:28 PM
Atata replied at 5-8-2023 10:27 PM
Mesti pompuan tu pasni lari ke malaysia caras laki majikan plak

sempat mencerca umah suci babu friska wanita terpaling sopan tulus ikhlas pujaan jejantan seantero dunia.
Quote Decaffeinated 6-8-2023 03:15 PM
cerita sebelah pihak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.106900 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top