CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Monyet Berang Serang Lelaki Kencing Di Tepi Jalan

5-8-2023 06:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8226| Komen: 10

Bangkok: Seorang lelaki diserang lebih 10 ekor monyet selepas dia membuang air kecil di tepi sebatang  jalan di wilayah Ranong, selatan Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Ketika diserang, Manee Chitdutsadee, 44, cuba melawan,  namun dia akhirnya terjatuh dari tebing curam pada ketinggian 50 meter. 

Seorang pemandu yang menyaksikan kejadian itu bergegas melaporkan serangan kepada polis.


Polis kemudian meminta bantuan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan Manee yang mengalami cedera parah akibat terjatuh dari tebing berbahaya itu. 

Salah seorang anggota penyelamat, Pithak Jaidee berkata, Manee masih dirawat di hospital namun mampu mengimbas kembali bagaimana kejadian itu berlaku.

Kata Pithak, Manee menggunakan jalan itu setiap hari untuk ke tempat kerja,  namun belum pernah diserang monyet sebelum ini. 


Pada hari kejadian, Manee berehat di tepi jalan selepas membuang air kecil. Dia terkejut apabila seekor monyet muncul entah dari mana dan menyerangnya.

Ketika cuba mempertahankan diri, dia terjatuh ke bawah tebing di mana lebih banyak monyet dari kumpulan itu menyerangnya tanpa henti.

Dia bernasib baik apabila seorang pemandu yang menyaksikan kejadian itu berusaha menakutkan monyet tersebut dengan melempar batu. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 5-8-2023 07:00 PM
Sapa suruh ko kencing merata...mmg la monyet marah...
Quote shernazz 5-8-2023 07:22 PM
Money ajar ko adab tau
Jangan kencing tempat dia..
Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:24 PM
monyet pn pandai ajar org hahahaha
Quote Skuau 5-8-2023 11:04 PM
ala..yg monyet tu semua berbugil.....apa pulok..sampai nampak...tut.....
Quote Carcosa 5-8-2023 11:33 PM
Jgn main2 wooo kalau monyet attack. Nak2 bila di bwk geng. Boleh rabak koyak tau muka. Meols penah tgk documentary dulu. Perempuan tu tak mati, tapi muka deformed kaw2 sbb koyak rabak. Lupa plk monyet jenis yg mana
Quote zarulnazmi 6-8-2023 08:59 AM
Agaknya bila lelaki tu kencng kat situ, monyet-monyet tu sangka dia tengah tanda kawasan. Kira macam ceroboh area mereka. Mungkin sebab tu monyet-monyet serang sebab nak jaga tempat mereka.
Quote Firenzza 6-8-2023 12:58 PM
Monyet pun x suka kena kencing apatah lagi menang hari ni........saya ulammmmmmm!!!
Quote Decaffeinated 6-8-2023 01:03 PM
Pada hari kejadian, Manee berehat di tepi jalan selepas membuang air kecil

Acik2 pula yang kena kencing dengan tajuk thread. Saper suruh malas membaca.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 1.103877 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top