CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mabuk Maut Dipukul Anak

5-8-2023 06:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7669| Komen: 4

Port Dickson: Akibat mabuk, seorang lelaki ditemui mati dipercayai dipukul anaknya selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku jam 12.45 tengah malam tadi.



"Polis terima panggilan dari seorang lelaki mengatakan bapanya (mangsa) sudah tidak sedarkan diri di hadapan sebuah rumah di Taman D'Ambang Kota, Lukut, Port Dickson.

"Pembantu Pegawai Perubatan yang datang dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok mengesahkan kematian di tempat kejadian jam 1.15 pagi tadi dan mayat kemudiannya terus dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian simati didapati mabuk.

"Mangsa dipercayai bergaduh serta dipukul oleh anak lelakinya (suspek) yang tidak berpuashati kerana simati dipercayai mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising.


"Simati berumur 49 tahun adalah bapa kepada suspek yang berumur 26 tahun dan semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah negatif," katanya.

Aidi Sham berkata, suspek terus ditangkap polis hari ini jam 1.20 pagi di hadapan rumah Taman D'Ambang Kota, Lukut, Port Dickson.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Seremban dan reman dibenarkan selama lima hari bermula hari ini sehingga 9 Ogos nanti.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:25 PM
maybe dah pendam lama kot
Quote Orenn1 5-8-2023 09:28 PM
Bapqk ko mabuk pun takkan ko belasah sampaii mati, gila punya anakk haishhh
Quote TOPwind 5-8-2023 09:39 PM
ni pasti keluarga org putih melepak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.781580 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top