CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kerja Jadi Pemandu Lori Sampah Hidup Mewah

5-8-2023 04:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6577| Komen: 14

Perth: Di sebalik wajahnya yang cantik dan imej seksi ditonjolkan di laman sosial, siapa sangka Ashlea iaitu wanita dari Australia hidup mewah dengan bekerja sebagai pemandu lori sampah.

India Times melaporkan, Ashlea yang juga pencipta kandungan digital mendedahkan bahawa dirinya meraih pendapatan mencecah enam angka sebagai pemandu.



Hasil pendapatan diterima itu yang membolehkannya hidup senang. Berkongsi kisahnya, Ashlea berkata, jadual kerjanya sebagai pemandu lori sampah, agak unik.

Ini adalah kerana dia bekerja selama 14 hari tanpa henti di lombong Pilbara dan kemudian dia mendapat cuti selama 14 hari.

Rutin hariannya bermula awal kira-kira jam 4 pagi dengan syif 12 jam yang mencabar dalam panas terik ketika memandu trak. Bagaimanapun, kerja keras sudah pasti membuahkan hasil.

Ashlea memperoleh AS$ 120,000 (kira-kira RM546,600) setahun untuk bekerja enam bulan sepanjang tahun.


"Jadi bagaimana saya boleh mencapai ini? Pertama sekali saya membuat senarai, jadi setiap bulan saya mempunyai dua minggu cuti dan ia memberi saya banyak masa untuk melakukan beberapa perkara yang sangat mengagumkan," katanya ketika berkongsi rahsia hidupnya.

Apa yang dipaparkannya di laman sosial sudah tentu membuktikan betapa seronoknya Ashlea menjalani kehidupannya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 5-8-2023 05:11 PM
wow masyuk gak gaji minah ni, 2 minggu cuti bleh enjoyyyy
Quote gigahertz 5-8-2023 07:24 PM
kira kerja swasta la kan ? ntah ntah company dia kerja tu tahap GLC / Listed
Quote dua_chzy 5-8-2023 07:26 PM
Do not believe everything you see on socmed gais.
Quote sukacactus 5-8-2023 08:52 PM
Cantik ke gitu?
Muka mcm plastik je
Quote matamata 5-8-2023 08:57 PM
Dump Truck tu bukan lori sampah laknat...yg dia bawak tu lori bawak bijih...lori2 besar yang kerja kat lombong2...
Wartawan laknat bodo makan taik
Quote matamata 5-8-2023 08:59 PM
Caterpillar-777G-777G.jpg

Ni ha FIFO Dump Truck yg pompuan tu operate....ingat lesen class E blh bawak ke benda ni...
Quote Lagubestbest 5-8-2023 09:24 PM
93,000-160,000 range gaji.
Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:26 PM
Janji kerja halal dan berkat… Memilih kerja alamat tak makan la ko
Quote green~tea 5-8-2023 09:34 PM
Kat Malaysia nan permai ni dah lama ada jutawan sampah tersohor.. pakej rupa dia skali mcm sampah dek janggut kusut sedepa
Quote nolya 5-8-2023 10:07 PM
Saya pernah tengok U-tube foto a garbage man ditunggui oleh seorang kanak2 yg meminati dia, siap bersalaman lagi. Yg nak puji tu, garbage man tu a black, tapi uniform dia sangat rapi, bersih, siap pakai glove lagi. He looks smart walaupun sekadar a garbage man.
Quote Jitu 5-8-2023 11:06 PM
fuh masyuk
Quote gideoncross 5-8-2023 11:12 PM
chiyoasuka replied at 5-8-2023 09:26 PM
Janji kerja halal dan berkat… Memilih kerja alamat tak makan la ko

Bukan mmilih krja tpi krja x pilih org.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.264310 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top