CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melaka Cadang Bangunkan Taman Safari Di Ayer Keroh

5-8-2023 04:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6155| Komen: 19

Ayer Keroh: Melaka bakal menambah satu lagi produk pelancongan baharu menerusi pembinaan taman safari terbesar di Malaysia tahun depan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, berkata Taman Safari Melaka yang bakal dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 20 hektar di Taman Botanikal, di sini dijangka dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu.


Beliau berkata, untuk tujuan berkenaan, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta pihak swasta untuk membangunkan pusat pelancongan baharu itu.

Rais Yasin bersama Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron (kanan) melihat replika harimau selepas merasmikan Sambutan Hari Harimau Sedunia 2023, di Zoo Melaka, hari ini. FOTO AMIR MAMAT


"Saya sedang meneliti beberapa kertas cadangan yang dikemukakan beberapa syarikat swasta yang berminat bekerjasama membangunkan taman safari itu sebelum membentangkannya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam tempoh terdekat.

"Kita sudah mempunyai pelan cadangan lokasi Taman Safari Melaka itu dan buat masa ini, kita sedang meneliti modul terbaik untuk kita melaksanakan projek berkenaan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Harimau Sedunia 2023, di Zoo Melaka, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kerajaan negeri mengambil contoh taman safari yang dibangunkan di Bogor, Indonesia serta Bangkok, Thailand untuk dibawa ke Melaka dengan berkonsepkan haiwan bebas tanpa mengabaikan aspek keselamatan pengunjung.

Katanya, selain di Taman Botanikal, pihaknya turut mencadangkan lokasi Taman Safari Melaka itu di sekitar Zoo Melaka yang masih mempunyai kawasan luas bagi tujuan pembangunan projek pelancongan.

Namun, katanya, kajian terperinci masih dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Oleh kerana Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sudah hampir tiba, kita tidak perlu mengambil masa lama untuk membangunkan projek itu dan jika tiada halangan, upacara pecah tanah akan dilakukan selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Bagaimanapun, kajian teliti membabitkan beberapa aspek tetap dijalankan kerana kita mahu memastikan taman safari yang bakal dibuka nanti itu terus bertahan dan menjadi lokasi pilihan pelancong.

"Kita tidak mahu apabila dibuka kelak, ia akan menjadi satu produk yang tidak mampu bertahan lama akibat disebabkan masalah teknikal dan sebagainya, sebaliknya kita mahu ia akan menjadi satu lokasi hebat seperti di Indonesia dan Thailand," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 5-8-2023 04:43 PM
Bagus idea ni. Hantar kucing & anjing liar ke safari ni... Boleh jadi makanan karnivor2 dalam tu. Penyelesaian tuntas untuk masalah lambakan kucing & anjing liar. Pencinta haiwan bukan nak bela elok2 kat rumah masing2 pun.
Quote hokeypokey 5-8-2023 04:54 PM
kan dh ada zoo melaka sebesar alam kt ayer keroh tu, taman buaya pun ada, nk tambah safari rimau plak???? dulu zoo melaka siap ada sesi malam, skrg tak tau la wujud lagi ke tak
Quote Skuau 5-8-2023 04:56 PM
Perwira2022 replied at 5-8-2023 04:43 PM
Bagus idea ni. Hantar kucing & anjing liar ke safari ni... Boleh jadi makanan karnivor2 dalam tu. Pe ...

PATI pulak acaner???
Quote lattehazelnut 5-8-2023 04:59 PM
A famosa resort xckup ke
Quote grouper 5-8-2023 05:04 PM
Baik buat zoo org pakai kostum haiwan mcm kat china yg viral kisah beruang matahari kelakuan mcm manusia....terus meningkat pengunjung zoo tersebut sbb org nak tgk beruang matahari tersebut
Quote Perwira2022 5-8-2023 05:06 PM
Skuau replied at 5-8-2023 04:56 PM
PATI pulak acaner???

Pati pun sodap
Quote honeybee1802 5-8-2023 05:08 PM
Jago la dulu taman2 yg ado tu org melaka aihhh
Quote rosmahisham 5-8-2023 05:36 PM
Org mezia amai g safari kat thailand tu..msg2 posing dgn kepala zirafah masuk bas hi hi
Quote gigahertz 6-8-2023 12:25 AM
rosmahisham: Org mezia amai g safari kat thailand tu..msg2 posing dgn kepala zirafah masuk bas hi hi
kalau baht thailand lagi murah banding tiket di negara sendiri
baik orang malaysia gi sana je. orang gi thailand tak semata2 nak tengok safari tu
tapi di sebabkan diorang bercuti kan. . . yang safari kat melaka tu nanti u nak gi tengok
kena ambik cuti 2-3 hari. sebab nak hadap jamm dan sebagainya

Quote swimswim 6-8-2023 08:00 AM
Melaka tu ada ruang kosong lagi ke nk buat safari mcm ni
Quote brego 6-8-2023 10:59 AM
tak sesuai ler buat kat botanikal a.keroh besau kangkang kera tu
cari ler tempat lain

itu la tempat orang2 area melaka tengah datang beriadah,
sambil healing with nature

elok la buat safari kat hutan rekreasi jasin yang sendu tu
at least traffic berselerak sket, ada arah ke sana
sana pun boleh keluar toll jasin

ini semua nak hadap area air keroh,
dan la itu jalan masuk entrance utama ke melaka
tak cukup ker jem macam jilake tiap hujung minggu?
Quote bakingsoda 6-8-2023 11:09 AM
hokeypokey replied at 5-8-2023 04:54 PM
kan dh ada zoo melaka sebesar alam kt ayer keroh tu, taman buaya pun ada, nk tambah safari rimau pla ...

nama pon safari. bukan haiwan yg kena kurung tapi pengunjung lebih berperikemanusiaan dr zoo. zoo tu tinggal haiwan kecik2 atau convert jd taman kucing/anjing je la
Quote ninja boy 6-8-2023 12:21 PM
Planet apes 1986
Quote CiliPadiSedap 6-8-2023 01:31 PM
port melaka  yang jv dengan cina pun tak tahu siap ke atau jadi monumen sejarah?

melaka ni kalau xde projek cmtu okey je. banyak menu  makanan menarik.lg berbaloi pg melaka dari langkawi

cuma jalan jem ya ampun

Quote vespa_oren 6-8-2023 02:49 PM
zoo melaka pun aku gie sekali cukuplah, risau x lama lagi jadi mcm langkawi lak sbb semua mahal
Quote jfq 6-8-2023 05:30 PM
Edited by jfq at 6-8-2023 05:31 PM

Mana ada tanah lapang dah kat melaka tu
Alangkan gambang safari tu pun dah k.o
Quote AbukRokok 6-8-2023 06:13 PM
Melaka penuh dgn binatang
Quote AbukRokok 6-8-2023 06:14 PM
Projek projek projek
Byk perut nak diisi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.287026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top