CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat 'Lembaga Hitam' Di Stadium Rupanya Promosi Filem

5-8-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7454| Komen: 32

Kuala Lumpur: Misteri Empat 'lembaga hitam' yang berada di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia antara PDRM FC dan Selangor FC, pada Khamis lalu akhirnya terjawab.


Kehadiran mereka itu bukanlah protes di atas penggantungan Faisal Halim selama empat bulan seperti yang didakwa beberapa penyokong Selangor sebaliknya ia promosi filem terbaharu berjudul 'Rahsia' yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos ini.


Hal itu dapat dilihat apabila individu berpakaian serba hitam kelihatan hadir pada beberapa promosi filem berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

Untuk rekod, Rahsia adalah sebuah filem arahan Othman Hafsham yang menguasai pawagam pada 1987, diterbitkan sekali lagi dengan versi reboot atau penceritaan semula oleh anak sutradara tersohor berkenaan, iaitu Shamyl.


Rahsia yang diangkat Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, selain enam kategori lain pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-7, tampil dengan versi baharu yang membariskan pelakon terkenal iaitu Nabila Huda yang memegang watak Ramlah dan Fikry Ibrahim (Hamdan).


Dalam versi asal, watak Ramlah dibawa Noor Kumalasari, manakala Hamdan dilakonkan Allahyarham Shukery Hashim.

Pelakon lain Rahsia versi reboot adalah Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks, Nabil Zakaria dan penampilan istimewa, Othman serta Susan Lankester.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 5-8-2023 05:09 PM
Mcm budus jer..... harktuihh
Quote ninja boy 5-8-2023 06:00 PM
Tak pernah hantu duduk tertib
Quote dani-rox 5-8-2023 07:36 PM
filem rahsia nih yg acik noorkumalasari beranak kat mulut ke, yg mayat ditanam dlm dinding?
Quote noor2 5-8-2023 07:49 PM
Attention seeker sungguh
Quote cmf_premierleag 5-8-2023 08:00 PM
dani-rox replied at 5-8-2023 07:36 PM
filem rahsia nih yg acik noorkumalasari beranak kat mulut ke, yg mayat ditanam dlm dinding?

Beranak ikut mulut - Misteri Rumah Tua
Mayat tanam dlm dinding - Rahsia
Quote noor2 5-8-2023 08:07 PM
Tgk gambar berdiri tu aku rasa budak2 boleh demam kalau jumpa..mata pun x nampak
Quote noor2 5-8-2023 08:08 PM
Yg sekor hujung kanan tu gemok
Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:27 PM
haahahah laa promote movie plak
Quote vespa_oren 5-8-2023 09:34 PM
noor2 replied at 5-8-2023 08:08 PM
Yg sekor hujung kanan tu gemok

lepas bca post ini terus aku scroll balik picture tu
Quote noor2 5-8-2023 09:48 PM
vespa_oren replied at 5-8-2023 09:34 PM
lepas bca post ini terus aku scroll balik picture tu

Amponnn..yg berdiri tu
Quote dani-rox 5-8-2023 10:11 PM
cmf_premierleag replied at 5-8-2023 08:00 PM
Beranak ikut mulut - Misteri Rumah Tua
Mayat tanam dlm dinding - Rahsia

ohh gitu. thanks sis
Quote Rogue98 5-8-2023 10:17 PM
Tengahari buta pun rasa seram....pastu rasa kelakar pulak...hahaha
Quote dani-rox 5-8-2023 10:29 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CtuESiqga7F/[/ig]
Quote gideoncross 5-8-2023 11:13 PM
vespa_oren replied at 5-8-2023 09:34 PM
lepas bca post ini terus aku scroll balik picture tu

Aiol plak scroll blik ke ats lps bca komen uol hahahaha.
Quote gideoncross 5-8-2023 11:15 PM
Rogue98 replied at 5-8-2023 10:17 PM
Tengahari buta pun rasa seram....pastu rasa kelakar pulak...hahaha

Dlu msa iol prnh krja kat kdai jual tudung, iol ni nak gi bilik air & tiba2 je ada pompuan brpurdah & brjubah hitam 100% tiba2 muncul dri corner arh bilik air, punya sakit dada & jntung iol msa tu psl btul2 trkjut.
Quote sharlenetexas 5-8-2023 11:15 PM
dani-rox replied at 5-8-2023 07:36 PM
filem rahsia nih yg acik noorkumalasari beranak kat mulut ke, yg mayat ditanam dlm dinding?


Rahsia tu masa ending tok usop tergelincir tertusuk besi tajam pagar.

Quote Lampuled 5-8-2023 11:17 PM
Ni kalau jumpa dgn org melatah mau jugak kena hempok2 ni.
Mesti didlm tu lelaki.
Quote Buritan 6-8-2023 09:51 AM
noor2: Yg sekor hujung kanan tu gemok


Hantu pun gomokkk.. mesti melantak teh ais mangkok
Quote _blackbird 6-8-2023 10:11 AM
mekyah ke tewww yg kanan skali

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.160533 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top