CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Meraung Tangan Melepuh, Dakwa Guru Celup Dalam Air Mendidih Di Asrama

5-8-2023 04:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6010| Komen: 8

Indonesia: Seorang pelajar sekolah menengah mendakwa tangannya dicelup dalam air yang sedih mendidih oleh seorang guru di sebuah asrama.

Keadaan pelajar lelaki yang menjadi mangsa aniaya guru itu kini amat menyedihkan. Kejadian berlaku di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.


Keadaan tangan seorang pelajar asrama selepas dicelupkan ke dalam air yang mendidih.

Memetik TribunStyle, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tangannya dicelup dalam air mendidih oleh guru yang tidak bertanggungjawab di sekolahnya.

Berang anak diperlakukan sebegitu, ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis. Seorang ahli keluarga asrama berkata, kejadian berlaku di asrama pada 8 malam Rabu lalu.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan. Malah, mangsa mengadu kesakitan dan tidak boleh tidur sehingga pagi.


"Kami sangat kecewa. Lebih menyakitkan apabila melihat tangan mangsa melepuh, dia (pelaku) tidak ada perikemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan," kata Eman kepada pemberita di Larantuka, pada Jumaat.

Dia berharap polis segera menjalankan siasatan agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya.

"Kita harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku.

"Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain," katanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 5-8-2023 05:31 PM
perangai cikgu tu lagi bangsat dr bainon
Quote tikusmontok 5-8-2023 05:51 PM
Wowww hebatnya pengajaran negara babu garit friska
Quote _blackbird 5-8-2023 06:35 PM
kat indon tak coway ke sampai gigih cikgunya jerang air
Quote shernazz 5-8-2023 07:23 PM
Patut friska n trisna lari ke Malaysia...
Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:28 PM
kena dkt anak aku… siap2 la kau melecur tangan ko balik cikgu lahanat
Quote gideoncross 5-8-2023 11:17 PM
Ni klau jejantz Mulayu Melesia bca, konfem kat FB komen yg budak ni lemah & x skuat dorg msa zman 80an kna denda dgn makpak & cikgu kna humban dgn baldi besi lol.
Quote Carcosa 5-8-2023 11:34 PM
Carik cikgu tu, rendam kan balik. Muka dia plak kali ni. Jgnkasi mampos. Biar dia cacat kekal muka.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.732939 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top