CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Pelatih Puspen Serendah Lari Selepas Subuh

5-8-2023 03:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3950| Komen: 27

Hulu Selangor: Tiga pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serendah, di sini, dilaporkan melarikan diri setelah selesai solat Subuh semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan daripada penyelia pegawai bertugas berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 6.45 pagi.


Tiga pelatih yang dilaporkan telah melarikan diri semalam.

Katanya, dua pelatih dari Asrama Al-Azim manakala seorang lagi pelatih dari Asrama Al-Hamzah dikesan hilang apabila didapati tiada dalam barisan dan dipercayai meninggalkan pusat tanpa kebenaran ketua institusi.

“Hasil siasatan polis mendapati pelatih yang melarikan diri ini merupakan warga tempatan berusia 44 hingga 53 tahun yang sedang menjalani pemulihan dadah di pusat berkenaan.

“Pelatih ini dipercayai melarikan diri sebaik sahaja selepas selesai solat subuh dan disyaki memanjat tiang pagar ‘anti climb’ yang disandarkan pada pagar berkawat.


“Kita senarai hitam pelatih tersebut sehingga tangkapan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan dibawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-keduanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tampil dengan segera ke mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

“Sebarang maklumat pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222,” ulasnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 5-8-2023 05:18 PM
Tua2 muka pelatih. Ko berlatih nak jadi apa dek?
Quote Carcosa 5-8-2023 05:18 PM
Tuko lah nama pagar tu, dari Anti-climb ke Mari-Climb
Quote hokeypokey 5-8-2023 05:22 PM
mula2 tgk gambar aku ingatkan orang yg sama tapi gambar berbeza
Quote 3chanceno 5-8-2023 05:25 PM
Muka bertiga nie lebih tua dari umur masing2.. diharap ada siasatan yg telus pasal kes ini.
Quote sharlenetexas 5-8-2023 05:27 PM
Muka pun dah tua mcm xde gigi.

Quote sharlenetexas 5-8-2023 05:28 PM
Belah kiri iras degawan kazar bapak irahsondolrempit.

Quote jalfa 5-8-2023 06:44 PM
Muka muka mat pit mcm ni la dek...tua sebelum usia.ni pusat serenti aku tgk pagar kemain tinggi.mampu depa  panjat..gigih nau...deols ni biasa lari balik rumah mak bapak je biasa..kalau yg ada mak...pusat ni jauh kedalam hutan sana tempat air terjun serendah tu..dalam tu ada kampung orang asli.jauh kalu nak menapak keluar ke jalan utama
Quote kotakbaju 5-8-2023 06:50 PM
sharlenetexas replied at 5-8-2023 05:28 PM
Belah kiri iras degawan kazar bapak irahsondolrempit.

Hahaha ingatkan iols sorang nampak cam kazar saisi
Quote dani-rox 5-8-2023 07:17 PM
Dah tua masih takmo ubah hidup, sampai mampos la ko mendadih.
Quote CiliPadiSedap 5-8-2023 07:51 PM
fikir puspen ni agensi kerajaan ( pusat penyelidikan), rupanya pusat serenti
Quote brownstone 5-8-2023 08:38 PM
Stok2 rupa ponnnn memang jenis minta acik2 bawang melaharrrr, kepam sunggohhh.. ce yg lari tu muka korea...hurmmm
Quote chiyoasuka 5-8-2023 09:31 PM
lari pg mana tu pacikk?
Quote syamzana 5-8-2023 09:42 PM
lari tu kalau terserempak dgn org jgn buat dajal plak. lantak la nak lari pun, sejenis tua ketegaq laguni la. jgn p merompak/membunuh org plak sudah.
Quote Carcosa 5-8-2023 11:37 PM
Yg paling kiri tu, gigih nak senyum utk gambo serenti.
Ko ingat ko senyum utk gambar ID?
Quote MarryPottet 5-8-2023 11:48 PM
Acik2 3 stooges ni lari masuk hutan kalau bunian nak kidnap silakanlah. Keep them for good please
Quote MarryPottet 5-8-2023 11:56 PM
Carcosa replied at 5-8-2023 11:37 PM
Yg paling kiri tu, gigih nak senyum utk gambo serenti.
Ko ingat ko senyum utk gambar ID?

Sebab mungkin dia dah projected yg gambo mugshot dia ni kan tersebar ke seantero alam maya & alam cyber
So dia berikan senyuman yg terpaling manis untuk tatapan kita semua
Quote Selubung 6-8-2023 12:42 AM
Takutnyaa jangan laa naya ke org lain.. harap jumpa cepat
Quote sukacactus 6-8-2023 06:01 AM
Tgk pic, terus aku ckp dah atuk2 pun mendadih lg
Skali tgk umur, tak lah tua mana
Quote Rogue98 6-8-2023 06:06 AM
Lari lepas solat subuh...beriman achik2 ni...
Dah 40/50...hmm

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.084696 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top